Quantcast

BERITA

Andreas Christensen Perbaharui Kontrak Bersama Chelsea Hingga Tahun 2022

Selepas dua musim dipinjamkan ke Borussia Mönchengladbach, Andreas Christensen kini menjadi sandaran utama buat Chelsea bagi mengemudi jentera pertahanan kelab tersebut.

Prestasi semasa yang ditampilkan pemain antarabangsa Denmark ini berjaya menarik minat Barcelona bagi mendapatkan khidmatnya pada jendela musim panas yang lalu.

Musim pertama yang cukup baik buat Christensen sebagai pemain utama Chelsea membuatkan pengurusan memilih untuk melanjutkan kontrak jangka panjang hingga tahun 2022.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 20: Harry Kane of Tottenham Hotspur and Andreas Christensen of Chelsea battle for possession during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Chelsea at Wembley Stadium on August 20, 2017 in London, England. (Photo by Justin Setterfield/Getty Images)

”Saya merasakan cukup bagus untuk menandatangani kontrak baru dan saya juga gembira untuk memberikan komitmen buat Chelsea pada masa hadapan,” kata Christensen.

”Saya gembira dapat beraksi dalam banyak perlawanan. Saya menikmatinya dan segalanya berjalan dengan sangat baik.”

Dalam perkembangan lain, pemain yang turut berjaya membantu Denmark melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia itu mengulas mengenai perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao bertemu Arsenal yang bakal berlangsung pagi esok.

”Kami telah menonton banyak video daripada perlawanan bertemu Arsenal minggu lalu,” kata Christensen kepada laman web rasmi Chelsea FC.

”Kami melakukan beberapa kesilapan dan mereka menggunakan peluang tersebut. Kami perlu melihat apa yang perlu kami lakukan dengan lebih baik dan boleh ‘menyakitkan’ mereka.”

DUBLIN, IRELAND – NOVEMBER 14: Andreas Christensen of Denmark in action during the FIFA 2018 World Cup Qualifier Play-Off: Second Leg between Republic of Ireland and Denmark at Aviva Stadium on November 14, 2017 in Dublin, Ireland. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Melihatkan kepada video, kami bermain dengan agak terbuka dan ketika sesi latihan, kami telah berusaha untuk mencuba meminimumkan kesilapan untuk bersiap sedia menghadapi perlawanan tersebut.”

”Kami sudah bersedia dan memandang ke hadapan untuk perlawanan ini. Ianya merupakan satu perlawanan yang penting. Perlawanan jenis ini adalah perlawanan yang saya harapkan dapat terlibat ketika saya dipinjamkan.”

Andreas Christensen telah membuat 22 penampilan bersama The Blues pada musim ini.