Guardiola Puji Sikap Tidak Menyerah Kalah Manchester City

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City nyaris dimalukan oleh kelab divisyen 2, Bristol City pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao awal pagi tadi.

Gol minit akhir masa tambahan Sergio Aguero bawa kemenangan 2-1 ke atas Bristol City sekaligus membawa bekalan selesa untuk separuh akhir kedua ke tempat lawan.

Gol ke-19 penyerang Argentina itu musim ini serta jaringan penyamaan pemain Belgium Kevin De Bruyne selepas Bristol City mendahului permainan menerusi penalti Bobby Reid, melebarkan kemenangan Manchester City di laman sendiri kepada 16 perlawanan berturut-turut.

Bagaimanapun Bristol City, yang menjadi pemusnah pasukan gergasi musim ini sudah menyingkirkan empat pasukan Liga Perdana Inggeris termasuk juara bertahan Manchester United.

Tuan rumah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-15 di Stadium Etihad, namun percubaan Bernardo Silva terkena pertahanan Bristol City.

FOTO: Manchester city Official Twitter

Bristol City hampir membuka jaringan sejurus kemudian tetapi percubaan jarak jauh Joe Bryan diselamatkan oleh penjaga gol City Claudio Bravo.

Pada minit ke-43, Manchester City sekali lagi diancam terjahan kasar John Stones ke atas Reid menghadiahkan penalti buat Bristol City dan Reid menewaskan Bravo yang hanya dapat menyentuh bola dengan hujung jarinya.

Bersambung babak kedua, Manchester City menyamakan kedudukan pada minit ke-55 hasil gerakan satu dua antara Raheem Sterling dan De Bruyne yang diakhiri dengan jaringan oleh pemain Belgium itu.

FOTO: Manchester City Official Twitter

Pasukan kendalian Lee Johnson yang menyasarkan untuk dipromosi ke Liga Perdana Inggeris musim depan terbukti menjadi lawan antara paling mencabar musim ini buat Manchester City.

Namun, pengurus City, Pep Guardiola memberi pujian melambung atas semangat tanpa menyerah kalah pasukan selepas mengejar dari belakang.

“Ia merupakan perlawanan bagus dan dari beberapa sudut permainan yang indah,” ujar Pep.

“Segala pujian ke atas Bristol City kerana anda tidak berupaya untuk menyingkirkan empat pasukan Liga Perdana Inggeris (Watford, Stoke City, Palace dan Manchester United) dari kejohanan  tanpa para pemain penting. Mereka satu pasukan menarik untuk ditonton.

“Para penyerang mereka mempunyai pergerakan bagus dan semangat untuk bermain. Perlawanan amat bagus untuk kedua-dua belah pasukan dan untuk para penyokong kedua-dua pasukan.

FOTO: Manchester City Official Twitter

“Kedua-dua pasukan telah cuba untuk bermain, bersaing dan mencipta banyak peluang. Mereka hampir di kedudukan teratas dalam Liga Championship dan saya amat menghormati atas apa yang mereka telah lakukan.

“Perlawanan separuh akhir sentiasa mencabar. Amat rumit. Ketika kami ketinggalan 0-1, ia segalanya tentang bagaimana kami bereaksi. Saya orang bertuah dapat melatih para pemain yang saya ada.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku dalam perjalanan musim ini, tapi saya amat menghormati para pemain saya kerana dengan jadual yang padat mereka lakukan apa sahaja mereka mampu.

“Setiap perlawanan mereka bermain, mereka memberi segala yang mereka ada.

“Tanpa semangat tersebut, anda tidak boleh memenangi piala mana-mana kejuaraan di dunia. Ia mudah menangani situasi-situasi dalam saat-saat bagus. Tapi dalam saat-saat tidak baik, ia tentang bagaimana anda bertindak balas, dan saya cukup gembira dengan reaksi para pemain saya.

“Para peminat City di sini dan di seluruh dunia patut merasa bangga dengan segala yang mereka telah lakukan sehingga kini, kekal cekal dan berjuang hingga ke akhirnya,” kata Guardiola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN