AC Milan Mahu Saman Pemain Skuad Bawah-19 Mereka Yang Sebenarnya Berusia 28 Tahun

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Peribahasa ini mungkin tepat untuk menjelaskan situasi yang dihadapi oleh bekas penyerang skuad bawah-19 AC Milan, Yusupha Yaffa, yang didakwa menipu kelab Itali tersebut tentang umur sebenarnya.

Penyerang kelahiran Gambia ini tiba di Itali pada tahun 2013 ketika umurnya ‘baru 17 tahun’. Dari skuad Primavera (bawah-19) AC Milan, Yaffa dipinjamkan ke Bologna sebelum dibeli oleh kelab Jerman, Eintracht Frankfurt.

CY4sXpEWwAAxHwd

Ketika ini, Yaffa sedang bermain di MSV Duisburg secara pinjaman.

Helah Yaffa terbongkar apabila akhbar sukan Itali, Gazzetta dello Sport mengesan Yaffa mendedahkan umur sebenarnya adalah 28 tahun di profail Facebooknya.

Yaffa tampil membela diri dengan berkata surat kelahirannya telah hilang. Apabila dia tiba di pejabat imigresen di Cuneo, utara Itali pada 2009, dia menulis tarikh lahirnya adalah pada 31 Disember 1996.

Sedangkan tarikh lahir sebenarnya adalah pada 14 November 1987.

Pemain Afrika menipu umur

Kes pemain menipu umur sememangnya dominan dalam kalangan pemain dari benua Afrika.

Pada bulan April 2015 yang lepas, ibu bapa pemain skuad Paris Saint-Germain bawah-10 didakwa menunjukkan kelakuan racist apabila mengejek boo kepada pemain kulit hitam AC Milan bawah-10.

Apabila disiasat, rupa-rupanya mereka menngejek boo kerana pemain kulit hitam AC Milan ‘nampak tua’ dan tidak nampak seperti pemain bawah 10 tahun.

Pemain pertahanan tengah Newcastle United, Chancel Mbemba turut dituduh menipu umur sebenarnya.

Ketika bermain di 2 kelab Congo pada peringkat awal kariernya, Mbemba didaftarkan sebagai pemain yang lahir pada 1988. Semasa bermain di Anderlecht, beliau didaftarkan lahir pada 1994 pula.

Semasa bermain di African Cup of Nation untuk Republik Congo, Mbemba didaftarkan lahir pada 1991 pula.

Di Newcastle, Mbemba didaftarkan lahir pada 1994 selepas ujian tulang terhadapnya mengesahkan beliau dilahirkan pada 1994.

AC Milan akan menyaman Yaffa

Menurut laporan Gazzetta dello Sport, Yusupha Yaffa bakal dikehendaki tampil ke mahkamah di Itali untuk didakwa. Bekas jurulatih dan pengurus Milan juga dikehendaki hadir, termasuklah Filippo Inzaghi.

Baca juga: Maradona: Jika Napoli Menang Scudetto, Saya Akan Turun Berarak Di Bandar Naples

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN