Maradona: Jika Napoli Menang Scudetto, Saya Akan Turun Berarak Di Bandar Naples

Diego Maradona berjanji akan turun ke bandar Naples dan ‘berarak seperti penyokong lain’ jika Napoli menang Scudetto (kejuaraan Serie A) pada musim ini.

Ketika ini, skuad Partenopei ini sedang berada 2 mata di puncak liga selepas 19 perlawanan, di hadapan Juventus yang berada di tangga kedua. Ini adalah kali pertama Napoli mendahului liga selepas kali terakhir melakukannya pada 1990, tahun sama mereka memenangi Scudetto.

Menurut Maradona seperti yang dipetik oleh media Itali, Canchallena:

“Jika bandar Naples gembira, Maradona juga gembira.”

“Rekod dicipta untuk dipecahkan. Napoli sedang kuat ketika ini dan mempunyai banyak cara untuk mengalahkan pasukan lawan. Lawan terbesar Napoli ketika ini adalah Juventus, tapi saya tetap mahukan Scudetto.”

“Jika Napoli menang, saya akan naik helikopter dan pergi ke Naples untuk berseronok sebagai penyokong. Avanti Napoli!”

Maradona penyokong lalang?

Apa yang menariknya pada awal musim ini, ketika Napoli gagal menang dalam 3 perlawanan pertama Serie A di bawah Maurizio Sarri, Maradona lantang mengkritik jurulatih baru Napoli tersebut.

“Saya hormat Sarri. Tapi Napoli takkan menang dengan Sarri sebagai pengurus. Saya lagi suka jika Benitez kekal.”

“Napoli memang layak seri 2 daripada 3 perlawanan. Pasukan Napoli sekarang tiada gaya ketika menyerang, pertahanannya pula goyah dan gagal memberi rasa tenang kepada pasukan.”

Napoli akan berada di tangga pertengahan liga pada musim ini. Saya sangat marah. Ia mengingatkan saya kepada pasukan Napoli ketika saya mula-mula masuk dulu, sentiasa bergelut di zon penyingkiran. Itu yang saya paling takut”

“Siapa akan menang Scudetto? Saya rasa Roma dah bersedia (untuk menang liga), tapi Inter pun kuat juga.”

Reaksi Sarri terhadap kritikan Maradona

Kritikan Maradona terhadap Sarri bagaimanapun kembali menghantui Maradona selepas itu.

Selepas hanya mengutip 2 mata daripada jumlah keseluruhan 9 mata, Sarri memimpin Napoli ke rentetan 16 perlawanan berturut-turut tanpa kalah, menang 14 dan seri hanya 2 daripadanya.

Bagaimanapun Sarri tenang ketika ditanya mengenai responnya terhadap kritikan Maradona.

“Dia Maradona. Dia lagenda Napoli. Dia boleh buat dana cakap apa saja yang dia suka.”

Baca juga:10 Kapten Pasukan Terbaik Dalam Sejarah Serie A

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN