5 Tugas Yang OKS Perlu Laksanakan Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru

Kepada Datuk Ong Kim Swee,

Pertama sekali, kami ingin ucapkan tahniah kepada Datuk atas perlantikan anda sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baru.

Bukan calang-calang jurulatih dapat menewaskan lebih 80 calon yang turut mengandungi nama Rene Meulesteen, Ray Wilkins, Bojan Hodak, Robert Alberts, Marcel Desailly dan lain-lain lagi.

Dan bukan calang-calang jurulatih sanggup menggalas tanggungjawab dan harapan besar dari kami, penyokong Harimau Malaya yang semakin demanding sejak kebelakangan ini.

Bersempena perlantikan anda sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baru, kami senaraikan 5 tugas berat yang perlu anda laksanakan. Ia juga adalah 5 tugas sama yang gagal dilakukan oleh pemegang jawatan terdahulu.

1. Kembalikan keyakinan kami sebagai penyokong Harimau Malaya

(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)
(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)

Ketika ini, boleh dikatakan keyakinan kami terhadap kebolehan dan kekuatan pasukan kebangsaan berada di tahap paling terteruk.

Kami tidak lagi merasa marah apabila melihat pasukan kebangsaan kalah. Kami dah melepasi tahap tersebut sejak sekian lama. Kini kami berada di tahap terasa kelakar apabila melihat pasukan kebangsaan kalah.

Ketika kalah 10-0 menentang UAE pada tahun lepas, kami tidak lagi rasa marah. Sebaliknya kami hanya terasa kelakar melihat betapa naifnya pemain kita dari segi teknikal, taktikal, skill semulajadi dan kecergasan fizikal.

Jika pemain kebangsaan kita masih mengambil lebih daripada 2 sentuhan hanya untuk menerima hantaran, bagaimana kami nak yakin?

Jika pemain kebangsaan kita masih tak mampu menyimpan penguasaan bola lebih daripada 3-4 hantaran, bagaimana kami nak yakin?

Jika pemain sayap kebangsaan kita masih tak berani dan tak berkebolehan untuk kalahkan pemain lawan dalam situasi 1v1, bagaimana kami nak yakin?

Jika pemain kebangsaan kita dah pancit seawal minit 60′, bagaimana kami nak yakin?

2. Lupakan mimpi layak ke Piala Asia 2019, tumpu layak pusingan ketiga dulu

(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)
(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)

Ketika ini, Malaysia adalah pasukan ke-6 terbaik daripada 8 pasukan yang berada di tangga keempat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia.

Ini bermakna Malaysia hampir pasti akan mengharungi dalam pusingan play-off Piala Asia 2019 terlebih dahulu, sebelum dapat layak ke pusingan ketiga.

Layak ke pusingan ketiga Piala Asia 2019 bererti Datuk akan memenuhi key performance indicator (KPI) pertama yang ditetapkan FAM.

Timor Leste, Bangladesh, Bhutan, India, Kemboja, Laos, Chinese Taipei dan Maldives adalah antara pasukan yang bakal menanti Malaysia dalam psuingan play-off nanti.

Kecuali India, kita sememangnya boleh menewaskan semua lawan ini di atas kertas. Tetapi lain ceritanya di atas padang.

3. Naikkan ranking negara

(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)
(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)

Kami anggap kemahuan FAM untuk menaikkan ranking negara dan menjadikannya sebagai salah satu KPI yang perlu dicapai oleh Datuk, sebagai sesuatu yang positif.

Ia lebih bagus daripada berkata ‘ranking tak penting’ seperti yang kami pernah dengar sekitar 2012-2013 dulu. Jijik kami mendengarnya.

Kami merasakan sasaran tangga ke-140 dalam masa 2 tahun sebagai sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai. Jika Datuk gagal membawa skuad negara ke pusingan ketiga Piala Asia, KPI ini mustahil untuk dicapai.

Selain itu, Datuk juga perlu memperbanyakkan (dan menang) perlawanan persahabatan berkelas A untuk memperbaiki ranking pasukan negara.

Datuk juga perlu berani berkata ‘TIDAK’ kepada promoter perlawanan sia-sia seperti ProEvents (Malaysia) jika mereka meminta Datuk mengumpulkan 23 pemain untuk dijadikan lawan pasukan Eropah pada jelajah musim panas mereka.

4. Desak jurulatih pasukan Liga Super guna penyerang tempatan

(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)
(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)

Kami melihat ketaksuban pasukan Liga Super untuk memenuhkan kuota 4 pemain import dengan mengambil 2 penyerang import sebagai sesuatu yang bakal menyukarkan tugas Datuk.

Dengan 2 penyerang import, jurulatih pasukan Liga Super tidak mempunyai keperluan untuk bermain bola sepak dengan hantaran pendek.

Lebih menyedihkan adalah, apabila penyerang tempatan diarahkan bermain di posisi pemain sayap dan kadangkala, sebagai epamin tengah.

Pada musim lepas dalam Liga Super, tidak banyak penyerang tempatan yang betul-betul bermain di posisi pemain no.9 secara konsisten melainkan Safee Sali dan Abdul Hadi Yahya.

Ya, Liga Perdana dan FAM masih menawarkan banyak penyerang tempatan sebagai penyerang utama. Tetapi pemain skuad kebangsaan perlulah bermain dalam liga paling teratas negaranya sendiri.

Sudah tibanya masa untuk Datuk menegur dan mendesak pasukan Liga Super untuk menggunakan penyerang tempatan di posisi penyerang. Gunakan kuasa media. Lontarkan suara. Masa Datuk untuk berdiam diri sudah tamat.

5. Teruskan falsafah bola sepak yang menggalakkan kreativiti pemain

(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)
(Sumber: Kamarul Akhir / www.asiana.my)

Kami juga berharap anda terus melatih pemain kebangsaan untuk bermain dengan menggunakan otak, bukannya dengan menggunakan kudrat semata-mata.

Jika pemain diajar bermain menggunakan kudrat semata-mata, penjaga gol akan melakukan goal kick walaupun pertahanan tidak ditekan pihak lawan.

Pemain akan melancarkan long ball kerana mahu bola berada jauh dari kawasan mereka secepat mungkin. Akibatnya, Harimau Malaya hanya mampu bermain secara counter-attacking sahaja.

Jika pemain diajar bermain menggunakan otak, mereka akan cuba merancang serangan dari bawah, bermula dari penjaga gol. Mereka tahu cara mengawal perlawanan dengan penguasaan bola. Mereka juga tahu bila untuk melakukan pressing dan bila untuk sit back and absorb the pressure.

Kami tahu Datuk boleh melakukannya. Kami pernah melihat Datuk melakukan perkara sama ketika memegang tampuk ketua jurulatih skuad Harimau Muda A dahulu.

Kini, Datuk mempunyai masa 2 tahun untuk memperkenalkan falsafah bola sepak sama kepada pemain kebangsaan.

Kami tahu masa yang Datuk ada masih singkat. Ianya tugas sukar tetapi bukankah Datuk berjanji boleh melakukannya semasa temuduga dengan FAM?

Baca juga: Temuduga Pagi, Umum Keputusan Petang: Lebih Baik FAM Buat Macam Kazakhstan

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN