Abou Bakr Al-Mel Kini Sudah Tiba Di Kelantan, Sedia Sarung Jersi TRW

Semalam kami ada melaporkan yang Kelantan telah pun berjaya mendapatkan pengganti kepada Mohammed Ghaddar.

Ghaddar kini telah pun meninggalkan Kelantan untuk bersama pasukan JDT.

Pengganti beliau juga merupakan pemain dari Lubnan yang dikenali sebagai Abou Bakr El-Mel.

Beliau yang telah pun bersetuju untuk bersama pasukan Kelantan pada musim ini dan menurut khabar baharu beliau sudah pun tiba di Kelantan.

Hal ini dapat disahkan menerusi laman Facebook Tan Sri Annuar Musa yang menyambut ketibaan penyerang Lubnan itu ke Malaysia.

Cita-cita Annuar Musa dan Kelantan terhadap pemain baharu ini nyata jelas – mahu menjadikan Al-Mel sebagai pemain terbaik di Kelantan.

Bahkan Annuar mahu jadikan Al-Mel sebagai seorang superstar buat Kelantan.

“Selamat datang ke keluarga Kelantan Abou Bakr Al-Mel.”

“Saya akan bentuk awak sehingga menjadi bintang yang seterusnya. Insyaallah.”

Abou Bakr Al-Mel tiba dengan reputasi tinggi sebagai pemain yang kini merupakan penjaring terbanyak bagi liga di Lubnan.

Apa-apa pun, semoga berjaya bersama pasukan Kelantan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN