Tan Cheng Hoe Jumpa Presiden FAM, Bincang Mengenai Hal Skuad Kebangsaan

Semalam telah tular satu gambar yang menyaksikan bekas jurulatih Kedah iaitu Tan Cheng Hoe bergambar bersama-sama dengan para pemain dan staf JDT.

Tetapi apa yang Cheng Hoe lakukan di Larkin?

Ada yang mengatakan yang beliau bakal menjadi sebahagian daripada pasukan JDT.

Namun sebenarnya tidak. Beliau berada di Larkin atas urusan kebangsaan bersama-sama dengan Presiden FAM.

Laman rasmi FAM di Facebook hari ini mendedahkan yang kehadiran Tan Cheng Hoe adalah atas urusan skuad kebangsaan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai struktur skuad kebangsaan yang bakal diselia beliau bersama jurulatih baharu – Nelo Vingada.

Selain itu terdapat juga beberapa perkara lain yang turut dibincangkan seperti mengenai kakitangan kejurulatihan serta perancangan-perancangan perlawanan Malaysia menentang Lubnan.

Hasil daripada perbincangan ini akan dihantar kepada Nelo untuk diperincikan sebagai persediaan untuk skuad kebangsaan.

Tan Cheng Hoe meletakkan jawatannya dari jawatan jurulatih Kedah selepas menerima tawaran sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan dari FAM.

Beliau akan bertugas bersama-sama Nelo Vingada tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN