Analisis: Syazwan Zainon Pemain Penyerang Sayap Bermobiliti Tinggi

Dalam analisis kali ini, kami menghuraikan corak permainan Syazwan Zainon. Pemain yang beraksi untuk Kedah dan merupakan pemain sayap serba boleh.

Kenapa serba boleh?

Pemain ini boleh bermain di kedua-dua sektor sayap dengan berkesan. Menjadi pemain penting untuk Kedah dalam sistem pertukaran pemain sayap yang aktif (wing swapping/interchange).

Karakter

Pemain ini memiliki kelajuan yang sangat baik. Kelajuan ini yang digunakan beliau sama ada untuk melakukan overlapping ataupun diagonal run yang lebih taktikal.

Syazwan Zainon bukan pemain sisi klasik, beliau adalah pemain sayap ‘terbang’ yang gemar memecah masuk ke dalam kotak penalti sekerap yang boleh.

Anda boleh baca definisi tentang perbezaan peranan sisi dan sayap di sini: Mendefisini Pemain Sisi Dan Sayap (Side Midfielder & Winger) Dalam Bola Sepak.

Syazwan Zainon (Kedah), Nazirul Naim (Perak) / Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Selain daripada kepantasan, pemain ini juga sangat lasak dan bertenaga terutama sekali apabila beliau mendapat top speed.

Serba boleh namun belum lengkap

Harus diakui beliau adalah pemain yang boleh menggelecek dan mencipta peluang. Tetapi sebagai penyerang sayap (win attacker) beliau masih ada isu dengan penyudah.

Kadangkala beliau lambat membuat keputusan, sama ada mahu melakukan cubaan gol ataupun menunggu rakan. Itu yang kami kerap panggil tidak tegas dalam membuat keputusan ataupun indecisiveness.

Syazwan Zainon jenis pemain yang terlalu ‘merendah diri’ untuk mengambil tindakan yang lebih individualistik.

Selain itu, jika beliau memiliki teknik penyudah yang lebih klinikal serta kreativiti lebih tinggi, Syazwan Zainon ada segala pakej untuk menjadi pemain penyerang sayap yang lengkap.

Corak permainan

1. Menyerang masuk ke dalam

Syazwan Zainon bukan seorang pemain sisi klasik. Jadi beliau bukan penghantar bola silang yang aktif.

Setiap kali menerima bola, beliau akan cuba menggerakkan bola tersebut masuk ke dalam (narrowed area).

Ini adalah contoh bagaimana corak hantaran pasukan Kedah untuk menggunakan mobiliti yang pada Syazwan. Beliau akan menerima bola di hujung sayap sana.

Ancaman Syazwan Zainon bukan dari hantaran segera, ia adalah dari gerakan pantas dan lasak masuk ke dalam sehingga ke byline.

Ketika bola ini digerakkan, pemain lain akan mengambil peluang untuk bergerak ke dalam kotak penalti dan mengharapkan sesuatu daripada beliau.

Lihat bagaimana Kedah pada musim lalu menggunakan Syazwan Zainon sebagai ancaman dan pusat ancaman di sebelah kiri. Pendekatan ini masih digunakan pada musim ini:


 

2. Kemampuan menukar posisi

Ini antara aspek yang menjadi kekuatan pasukan Kedah. Mereka ibarat ada pemain simpanan di dalam padang pada bila-bila masa.

Dengan adanya pemain yang versatile seperti Baddrol Bakhtiar, perubahan taktikal ini dapat dilakukan dengan segera.

Kelebihannya adalah membolehkan pasukan menukar pelan dan mencari perubahan di dalam perlawanan.

Lihat perubahan posisi Syazwan Zainon ke sayap kanan di sini:

3. Menyerang byline

Ini adalah salah satu corak permainan yang paling kerap kita lihat. Tujuannya adalah untuk menarik pertahanan lawan ke byline.

Ketika ruang dibuka di belakang, beliau akan cuba mencipta peluang segera.

Rumusan

Pemain ini memiliki mobiliti yang tinggi dan mampu menghadirkan ancaman daripada gerakan beliau.

Namun permainan beliau agak terlalu direct dan predictable. Syazwan Zainon perlu meningkatkan lagi kreativiti beliau dengan meningkatkan lagi kadar visi di dalam padang.

Menjelang perlawanan final Piala FA 2017 menentang Pahang, kami menjangkakan Syazwan Zainon sudah berada dalam taklimat taktikal Dollah Salleh. Tugasan berat untuk Matthew Davies jika pemain ini berada dalam prestasi terbaik.

Matthew Davies (Pahang), Syazwan Zainon (Kedah) / Foto: Muhammad Syamil Naim Bin Jamil /asiana.my

Syazwan Zainon adalah team player. Tetapi kadangkala beliau perlu juga lebih individualistik terutama di dalam kotak penalti.

Ini yang akan membantu beliau meningkatkan ketajaman beliau di hadapan gol. Ia ibarat tugasan praktikal di dalam perlawanan sebenar.

Selamat maju jaya The Flying Syazwan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN