ABK20 Virtual: JDT Dominasi Anugerah, MVP Jadi Milik Penyokong Liga Malaysia

ABK20 Virtual

Juara Liga Super tujuh musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual apabila memenangi lima kategori utama, malam tadi.

Pemenang yang dipilih menerusi undian peminat itu menyaksikan Farizal Marlias memenangi kategori Penjaga Gol Terbaik, Aidil Zafuan sebagai Pertahanan Terbaik, Safawi Rasid dipilih Pemain Tengah Terbaik, Jurulatih Terbaik milik Benjamin Mora dan Pasukan Terbaik dimenangi JDT.

Pencapaian itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana JDT sememangnya cemerlang pada musim ini tanpa sebarang kekalahan dan turut menjaringkan 33 gol dan hanya lapan gol dibolosi untuk gah mengekalkan reputasi hebat dalam bola sepak Malaysia.

Sementara itu, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi yang cemerlang bersama Perak apabila menjaringkan 10 gol pada musim 2020 selaku Penyerang Terbaik.

Sebagai menghargai peminat di seluruh negara, Malaysian Football League (MFL) telah memberikan penghormatan dengan menobatkan penyokong Liga Malaysia sebagai pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP). Satu keputusan yang boleh dianggap mengejutkan diambil oleh penganjur tersebut.

Gelaran MVP buat para penyokong itu dibuat oleh juri bersama MFL kerana melihatkan kepada sokongan tanpa berbelah bahagi diberikan mereka terhadap bola sepak tempatan selama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan mengakui jumlah tontonan perlawanan siaran langsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak COVID-19 menjadi antara penyebab mengapa para penyokong berhak mendapat gelaran tersebut.

“Jika kita mengimbau kembali perjalanan Liga Malaysia musim ini, sebanyak 29,315,113 jumlah tontonan Liga Malaysia 2020 yang menunjukkan satu angka cukup positif dan membuktikan bola sepak cukup dekat di hati rakyat Malaysia.”

“Aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor dalam aksi CIMB Liga Super menjadi jumlah tontonan tertinggi iaitu 1,385,727 sementara tontonan tertinggi Liga Premier sebanyak 37,133 antara UKM FC menentang Kelantan.”

“Disusuli 6,657,755 jumlah tontonan pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020 di mana menyaksikan tontonan tertinggi menjadi milik perlawanan Kedah menentang Pahang dengan catatan 2,103,602 tontonan pada pusingan pertama.”

“Di sini kita dapat melihat bola sepak tempatan sebenarnya mendapat sokongan teguh daripada penyokong di mana saya berharap sokongan ini dapat berterusan untuk Liga Malaysia musim 2021.”

“Saya mewakili MFL ingin mengucapkan tahniah kepada penyokong Liga Malaysia di atas kejayaan ini dan mengucapkan terima kasih kepada kesemua yang terlibat iaitu pasukan, pemain, penaja dan lain-lain di atas sumbangan mereka dalam menjayakan Liga Malaysia 2020,” ujar Ab Ghani dalam satu kenyataan, malam tadi.

Selain itu, penjaring terbanyak keseluruhan dan tempatan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 turut diraikan di mana menjadi milik Ifedayo Olusegun [12 gol] dan Shahrel Fikri serta pemain import Pulau Pinang, Casagrande Anselmo Arruda da Silva dengan sembilan gol serta pemain muda Selangor 2, Ahmad Danial Ahmad Asri [tujuh gol[.

Kredit featured image: Malaysian Football League

Baca artikel lain dari kami mengenai ABK20 Virtual dan MFL:

Azam Azih: Safawi & Afiq Pilihan Utama Raih Gelaran Pemain Tengah Terbaik

MFL Pinda Perlembagaan, Presiden Boleh Dipilih Bukan Dalam Kalangan Ahli Lembaga Pengarah

Aidil Zafuan: Shahrul Saad Calon Paling Layak Raih Anugerah Pertahanan Terbaik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN