Azam Azih: Safawi & Afiq Pilihan Utama Raih Gelaran Pemain Tengah Terbaik

Azam Azih

Pemain tengah Pahang, Nor Azam Abdul Azih mengakui bukan mudah untuk mengakhiri penantian memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik buat kali pertama selepas beberapa kali diketepikan sejak tercalon dalam kategori tersebut pada tahun 2017.

Walaubagaimanapun, Azam tetap bersyukur apabila masih menjadi pilihan untuk berada dalam kelompok 10 terbaik itu selain menganggap ia adalah satu pengiktirafan yang bermakna tidak kira siapa pun yang akan dinobatkan selaku Pemain Tengah Terbaik 2020.

“Saya sudah empat kali tercalon dalam kategori ini termasuk tahun ini tetapi masih tiada rezeki untuk menang dan saya pun tidak boleh nak jangka siapa yang mungkin akan menang kerana sembilan lagi calon lain yang ada bukan calang-calang.”

“Kalau nak ikutkan, tahun ini agak hambar sikit untuk pencapaian peribadi saya jika nak dibandingkan dengan prestasi tahun lepas, jadi kita tengoklah siapa yang paling layak untuk menang anugerah itu nanti.”

Azam Azih cuba melepasi kawalan Leandro Velasquez. FOTO: JST

“Bagi saya, Safawi Rasid (JDT) dan Afiq Fazail (JDT) antara yang mungkin akan cipta kejutan dan tidak mustahil mereka akan menjadi pilihan kegemaran untuk mengungguli kategori itu”, katanya.

Selain Safawi dan Afiq, tujuh lagi calon untuk kategori Pemain Tengah Terbaik adalah Brendan Gan (Selangor), Gonzalo Cabrera (JDT), Leandro dos Santos (Perak), Leandro Velazquez (JDT), Lee Tuck (TFC), Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor).

ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Undian sudah dibuka kepada semua penyokong bermula Isnin (21 Disember 2020) jam 10 pagi dan akan berakhir pada Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam.

Penyokong boleh membuat undian dengan melayari bit.ly/ABK20Fans.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

RASMI: JDT Sambar ‘Ubi’ Indonesia, Syahrian Abimanyu

Selepas Arsenal Teruk Dibelasah City, Guardiola Kata Silap Besar Jika Arteta Dipecat

Tunggakan Gaji Abou Bakr Al Mel Pula Berjaya Diselesaikan Kelantan FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN