Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebak Anak Buahnya Ketika Mewakili Pasukan Daerah

Kita semua tahu yang insan bernama guru ini cukup mulia. Mereka bukan sahaja guru, malah kadang kala menjadi doktor, tukang kebun atau jurulatih tanpa sedar.

Kisah seorang guru bernama Abdul Hafiz ini cukup menarik perhatian. Beliau merupakan guru dan juga jurulatih bola sepak untuk pasukan B-12 tahun Pulau Banggi di Kudat, Sabah.

Penuh liku

Dalam penulisan beliau, beliau membawa seramai 15 anak murid yang merupakan para pemain bola sepak terbaik di kawasan Pulau Banggi.

Namun perjalanan untuk membawa anak-anak kecil ini tidaklah mudah. Mereka perlu menaiki feri, serta perbelanjaan keperluan sepanjang berada di kejohanan tersebut seperti penginapan, pengangkutan semuanya ditanggung para guru pengiring.

Kami tebalkan muka minta sumbangan. Yang penting anak pulau ini diberi peluang untuk tonjolkan bakat mereka.” Itulah yang dilakukan oleh para guru untuk mendapatkan wang sumbangan demi memudahkan perjalanan ke kejohanan tersebut.

Selera betul makan

Atas hasil kerja kuat, skuad B-12 Pulau Banggi berjaya menjuarai kejohanan peringkat daerah yang dilangsungkan di tanah besar Kudat.

Hafiz dan guru pengiring lain kemudiannya membuat keputusan untuk menbelanja seluruh skuad makan KFC serta bergembira di taman tema Esplaned Kudat.

Namun apa yang mengejutkan adalah pemain-pemain cilik itu cukup berselera ketika sedang makan KFC.

Hal ini kerana, di Pulau Banggi tidak punya cawangan KFC disitu jadi ia merupakan sesuatu yang baharu bagi mereka.

“Semua pemain kami makan dengan penuh kenikmatan. Kami hanya memerhati gelagat mereka.”

Tengok kepuasan mereka sudah cukup bagi kami. Snack plate bahgian kami hulurkan kepada mereka. Mereka cakap ayam itu sedap.”

Namun apa yang menarik hati Hafiz adalah kerenah 2 anak buahnya yang dilihat tidak habiskan ayam KFC tersebut.

Bukan kerana membazir makanan, tetapi sebaliknya mereka membungkus ayam tersebut untuk dibawa pulang.

Pada mulanya Hafiz hanya biarkan sahaja kerana melihat susuk tubuh anak buahnya yang agak kecil, jadi hanya merasakan anak buahnya itu sudah kenyang.

Namun sebaliknya pada keesokan harinya, cerita lain pula yang muncul.

Beliau masih lagi nampak yang anak buahnya tidak makan lagi ayam tersebut. Beliau risau ayam itu akan basi.

Namun beliau diberitahu oleh kapten pasukannya yang sebenarnya anak buahnya itu mahu memberikan ayam tersebut kepada adik-adiknya.

Adik-adik saya tak pernah makan KFC nie cikgu. Jadi saya bawak balik lah sikit”, itulah jawapan anak buahnya kepada Hafiz.

“Tapi tak basi ke nanti ayam tu?” Tanya Hafiz.

“Tidak cikgu, ayam ini okay saja.” Jawab pemainnya itu.

Ternyata jawapan itu mengundang sebak di hati Hafiz seraya membuatkan beliau dan guru-guru yang lain.

Dan bagi Hafiz, ternyata perisitiwa tersebut menyedarkan dirinya untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Hal ini kerana, bagi sesetengah orang KFC itu tiada apa nilainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang lain, nilainya cukup besar.

Baca juga: Pep Guardiola:”Adakah Semua Pihak Sudah Tak Hormat Dengan Arsene Wenger?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN