Pep Guardiola: “Adakah Semua Pihak Sudah Tak Hormat Dengan Arsene Wenger?”

Pep Guardiola mahukan semua pihak lebih menghormati pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Hal ini kerana, beliau rasakan layanan kebanyakan pihak terhadap beliau dianggap “melampau dan tidak boleh diterima”.

“Hormatlah sikit”

Namun begitu, semuanya berlaku selepas Guardiola ditanya oleh wartawan selepas menanyakan kepada beliau kenapa beliau melakukan 8 pertukaran kepada skuad Macnhester City beliau ketika menentang Huddersfield Town dalam aksi FA Cup.

“Saya yang buat tindakan, kami analisis tindakan saya.”

“Keputusan yang saya lakukan adalah sebelum perlawanan berlangsung dan itulah keputusan saya. Dan jika kamu (wartawan) tak setuju dengan apa yang saya lakukan, awak berhak nak tulis kenapa awak tak setuju.”

Barangkali Guardiola sudah penat dengan kerenah media England yang berkelakuan seperti semuanya tidak kena, beliau pun bercakap mengenai Arsene Wenger.

“Sejak 10 hari kebelakangan ini, saya cuma dengar cerita semua orang, bekas pemain, para wartawan melayan Arsene Wenger dengan teruk sekali.”

“Kerjaya kami sebagai pengurus sekarang ini ibarat sudah tiada nilai hormatnya dimata orang lain. Hasilnya, tiada siapa yang hormat kami sebagai pengurus.”

Guardiola berkata pengurus mengambil segala tindakan dalam pasukan dan keputusan datangnya dari pengurus. Sementara bagi wartawan, mereka boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu tanpa menjatuhkan maruah seorang pengurus.

Baca juga: B. Sathiananthan Beri Pembayang Besar Bakal Jadi Jurulatih Baharu FELDA United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN