B. Sathianathan Beri Pembayang Besar Bakal Jadi Jurulatih FELDA United

B. Sathianathan bakal jadi jurulatih FELDA United?

Sebentar tadi kami ada laporkan mengenai B. Sathinathan yang menjadi pilihan utama untuk menggalas jawatan sebagai jurulatih FELDA United yang baharu seperti dalam artikel kami tadi.

Kini kami memperoleh satu pembayang yang cukup jelas bahawa bekas pengendali ATM dan skuad kebangsaan itu akan menjadi jurulatih di FELDA United.

Kembali beraksi

Sathia memberikan gambaran jelas yang beliau akan pergi menjadi jurulatih pasukan FELDA United selepas memberikan bayangan besar lagi jelas yang beliau akan ke Jengka.

Menerusi kemas kini terbaharu beliau di laman Facebook beliau, Sathia menulis satu status berbunyi “Kembali beraksi –> FELDA United”.

Ini sedikit sebanyak mengesahkan berita yang beliau akan mengendalikan pasukan tersebut seawal mungkin dan berkemungkinan perlawanan menentang Perak adalah perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih baharu FELDA United.

Sathia akan meninggalkan jawatan beliau sebagai Ketua Bahagian Kejurulatihan di Wisma FAM untuk menjadi jurulatih di FELDA United menggantikan Mohamad Nik yang menjadi pengendali sementara selepas Azmi Mohamed meletakkan jawatan secara mengejut.

Semoga berjaya di FELDA United buat B. Sathianathan!

Baca juga: Ashley Westwood Mahu Peminat Beri Masa Kepada Pasukan, Terus Beri Sokongan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN