Neymar Bakal Hadapi Hukuman Mahkamah Selepas Rayuan Kes Perpindahannya Gagal

Neymar didapati gagal untuk memenangi rayuan mengenai kes perpindahan beliau dari Santos ke Barcelona yang terjadi 4 tahun yang lalu.

Mahu dipenjara

Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah di Sepanyol. Neymar serta beberapa lagi entiti termasuklah Barcelona, Santos, serta syarikat yang diurus oleh ibu bapa Neymar telah mengalami kegagalan dalam proses rayuan mengenai isu perpindahan beliau ke Barcelona.

Kes ini dibawa ke mahkamah selepas sebuah syarikat pelaburan dari Brazil iaitu DIS.

Ia dikatakan 40% daripada jumlah perpindahan yang dibayar Barcelona kepada Santos diberikan kepada DIS. Namun begitu, DIS cuma menerima sedikit sahaja.

Pihak plantif juga mahu Neymar dipenjara bersama-sama dengan bapanya kerana kes rasuah $10 juta. Akan tetapi, Neymar dan bapanya sukar untuk dihumban ke penjara kerana mereka berdua adalah pesalah kali pertama.

Plantif juga meminta $9 juta daripada Barcelona dan $7 juta daripada Santos sebagai denda.

DIS membawa kes ini ke mahkamah selepas mereka membayar €1.4 juta untuk memiliki 40% Neymar pada 2009.

Ketika itu, Barcelona berkata yang Neymar dibeli dengan harga sebanyak €57.1 juta jadi Santos memperoleh €17.1 juta.

Namun begitu, DIS berkata Barcelona membayar €25.1 juta kepada Santos dan bukan jumlah €57.1 juta seperti yang dinyatakan.

Oleh kerana itu, DIS mahu mendapatkan wang tambahan sebanyak €3.2 juta daripada perjanjian tersebut.

Kami harap kes ini akan berakhir dengan baik dan Neymar boleh bermain bola sepak tanpa perlu turun naik mahkamah.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebak Anak Buahnya Ketika Mewakili Pasukan Daerah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN