Ibu penyerang Stoke City, Mame Biram Diouf, adalah antara 700 jemaah haji yang terkorban mengikut laporan CCTV News Africa.
SAD NEWS
Stoke City’s Senegalese striker Mame Diouf’s mother killed in Hajj crushhttp://t.co/4xi14dBXaB pic.twitter.com/2JNn8WyUsQ— CGTN Africa (@cgtnafrica) October 6, 2015
Jenazah Gnilane Diouf dikenal pastinya identitinya pada 2 hari lepas.
Kakak Diouf turut menemani ibu mereka ketika ibadah haji tetapi hanya cedera ringan.
Tragedi korban haji itu berlaku pada hari Khamis, 24 September 2015 yang lepas ketika jemaah haji berasak-asak untuk melakukan ibadah melontar jamrah di Mina.
Kawalan sekuriti yang lemah daripada Arab Saudi menyebabkan lebih 700 jemaah haji terjatuh dan dipijak hidup-hidup.
Pemain tengah dan rakan sepasukan Diouf di Stoke City, Charlie Adam mengetuai pemain Stoke City untuk mengucapkan takziah kepada Diouf.
Thoughts are with @MameDiouf99 and his family.
— Charlie Adam (@Charlie26Adam) October 6, 2015
Baca juga: APAKAH CERITA AL-QURAN DAN BIBLE DI SEBALIK TERMA ‘DAVID VS GOLIATH’?