10 Sebab Mengapa Mustahil Untuk Anda Benci Jurgen Klopp

Sepanjang kariernya, Jurgen Klopp adalah antara pengurus yang digemari media dan peminat neutral. Semuanya kerana kreativiti Klopp memberi petikan kata-kata atau ‘soundbite’ yang unik.

Dengan Klopp yang hampir pasti menjadi pengurus Liverpool, kami kumpulkan 10 petikan kata Klopp yang paling unik.

1. “Menentang pasukan Itali yang hanya perlu seri adalah cabaran terbesar dalam bola sepak”

Ketika sidang akhbar sebelum perlawanan ke-2 pusingan 16 pasukan terakhir Champions League 2014/2015 antara Borussia Dortmund dan Juventus, Klopp mengaku pasukannya berdepan tugas sukar selepas tewas 1-2.

Pengurus Dortmund itu dipetik berkata:

“Kami sedang menghadapi cabaran terbesar dalam bola sepak. Kami perlu menang menentang pasukan Itali yang hanya perlu seri.”

Edit: Juventus bagaimanapun menang 3-0 dalam perlawanan tersebut. Juventus mara ke suku akhir dengan agregat 5-1.

2. “Kagawa adalah sosej”

Klopp mempunyai cara pelik untuk menekankan kepentingan Shinji Kagawa dalam pasukannya. Klopp dipetik berkata:

“Shinji Kagawa adalah seperti sosej dalam sandwich. Kerana pemain-pemain kami sentiasa bermain di sekelilingnya.”

Ah, orang Jerman dengan sosej mereka.

3. “Trust is like a beautiful flower”

Ketika Dortmund mengalami krisis kecederaan dan prestasi pada awal musim Bundesliga 2014/2015, penyokong Dortmund mula mengkritik pemain-pemain mereka dengan lantang.

Mengulas gelagat penyokong Dortmund ini, Klopp berkata:

“Kepercayaan adalah seperti bunga yang cantik.”

“Semua orang mahu mendapatkannya. Tetapi apabila anda dah dapat, ia mudah hancur.”

Baca: 10 PENYOKONG KELAB YANG MEMAKI HAMUN PEMAIN DEPAN-DEPAN

4. “Mkhitaryan adalah bagaikan air”

Ketika Dortmund masih bergelut, penyokong dan media (termasuk kami dalam artikel ini) masing-masing menyalahkan pemain yang gagal mempamerkan persembahan yang bagus.

Contohnya, pemain seperti Henrikh Mkhitaryan.

Seperti jurulatih-jurulatih hebat yang lain, Klopp tetap memberi sokongan kepada Mkhitaryan walaupun prestasinya tak menentu.

Klopp dipetik berkata:

“Kami perlukan Mkhitaryan sebagaimana kami perlukan air untuk hidup.”

5. “Saya mahu beli Ibrahimovic”

Pada Disember 2014, ketika jendela perpindahan pemain mempunyai kurang sebulan sebelum dibuka, seorang wartawan bertanya apakah Klopp ada membeli pemain baru untuk Dortmund.

Klopp memberitahu Kevin Kampl akan menyertai pasukannya dengan bayaran perpindahan yang murah. Hanya €12 juta.

Klopp kemudiannya berkata:

“Jika saya ada bajet yang besar, saya mahu membeli Ibrahimovic.”

“Saya suka pemain yang gila dan mereka pula cenderung untuk sukakan saya.”

6. Penat-penat buat, akhirnya punggung sendiri yang runtuhkannya

Pada awal musim Bundesliga 2014/15, VfB Stuttgart mendahului Dortmund 2-0. Walaupun perlawanan jelas didominasi oleh Dortmund.

Dalam perlawanan itu, Dortmund banyak mencipta peluang jaringan tetapi buntu. Stuttgart pula hanya mengharapkan serangan balas dan set-pieces. Tetapi berjaya menjaringkan 2 gol.

Akhirnya, Pierre Emerick Aubameyang dan Ciro Immobile masing-masing menjaringkan satu gol untuk membawa pulang 1 mata.

Klopp menegur pemain pertahanannya dengan peribahasa Jerman:

“Saya sentiasa tahu kami boleh menjaringkan gol. Tetapi kami tak boleh melepaskan gol bodoh seperti yang kami lakukan tadi.”

“Kami kerap kali berpenat-lelah membina dengan tangan. Tetapi senang-senang pula kami runtuhkannya dengan punggung kami.”

7. “Grosskreutz adalah jelmaan 6 pemain dalam satu badan”

Kevin Grosskreutz merupakan pemain paling versatil dalam Dortmund.

Berkebolehan untuk bermain di pelbagai posisi seluruh padang, Grosskreutz pernah bermain sebagai bek kiri, bek kanan, sayap kiri, sayap kanan, penyerang dan pemain tengah.

Klopp memuji sumbangan Grosskreutz dalam pasukannya dengan berkata:

“Jika anda mempunyai Kevin Grosskreutz – pemain yang boleh bermain di 6 posisi dan anda hanya boleh bawa 23 pemain – anda sebenarnya sudah mempunyai 29 pemain dengan beliau.”

Edit: Berita gembira untuk Emre Can!

8. “Perasaan berada di Westfalenstadion adalah bagaikan dilahirkan semula”

Klopp juga mempunyai caranya yang tersendiri untuk menzahirkan cintanya kepada Dortmund.

Bercakap kepada media kelab, Klopp dipetik berkata:

“Apabila anda keluar dari terowong stadium Westfalenstadion dan masuk ke padang, anda seperti dilahirkan semula.”

edit: Kami dapat rasakan Klopp akan mendapat perasaan sama di Anfield.

9. “Derby bukan perlawanan biasa”

Klopp juga tahu kepentingan Revierderby dan tradisi kelabnya.

Beliau mengingatkan setiap pemain yang beliau tandatangani dengan berkata:

“Apabila anda menandatangani kontrak dengan Borussia Dortmund, perkara pertama yang anda harus belajar adalah kita mempunyai 32 perlawanan Bundesliga dan 2 derbies (menentang Schalke 04 di Gelsenkirchen dan Signal Iduna Park).”

Baca juga: 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Revierderby (Borussia Dortmund vs Schalke 04)

10. “Saya sukakan heavy metal”

Menjadi jurulatih kepada sebuah pasukan yang bermain dengan falsafah bola sepak menyerang yang cantik, Klopp turut meminati falsafah bola sepak Arsene Wenger.

Tetapi beliau mempunyai cara tersendiri untuk membezakan dirinya daripada Wenger dengan berkata:

“Saya suka cara Arsenal bermain. Permainan Arsenal adalah seperti orkestra. Tetapi ianya terlalu tenang.”

“Saya lebih sukakan heavy metal. Saya sentiasa mahukan permainan kami ada bunyi boom!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN