Klopp Tak Mahu Liverpool Ulang Episod Duka Perlawanan Akhir Europa League 2016

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan yang beliau tidak mahu anak-anak buah beliau mengulangi episod duka ketika perlawanan akhir Europa League pada 2016.

Dalam perlawanan itu, Liverpool tumbang di tangan Sevilla walaupun mendahului pada separuh masa pertama menerusi gol Daniel Sturridge.

BASEL, SWITZERLAND – MAY 18: Daniel Sturridge celebrates after scoring Liverpool’s goal during the UEFA Europa League Final match between Liverpool and Sevilla at St. Jakob-Park on May 18, 2016 in Basel, Basel-Stadt. Sevilla won the match 3-1. (Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images).

Menurut Klopp, beliau tidak akan mengubah taktik menyerang beliau dan akan menggempur pertahanan Real Madrid dengan taktikal yang sering beliau gunakan.

“Jika saya tanya kepada anak-anak buah saya tentang taktikal manakah kita mahu gunakan dan mereka mahukan taktikal yang biasa kami gunakan, maka anda tahu kami akan bermain macam mana.”

“Dalam bola sepak, adalah normal untuk kita cuba menghalang pasukan lawan menunjukkan kualiti sebenar mereka. Namun dalam masa yang sama, kita juga perlu tunjukkan kualiti kita juga.”

Liverpool

Klopp mengakui kekalahan di tangan Sevilla pada 2016 berpunca kerana keletihan di separuh masa kedua.

Oleh itu, beliau kini memastikan keletihan bukan lagi isu buat Liverpool selepas skuad beliau pulang dari latihan di Sepanyol baru-baru ini.

“Kami tidak bernasib baik dalam perlawanan akhir tersebut.”

“Di separuh masa kedua, keletihan telah menjerat kami. Namun kali ini, kami tidak akan menghadapi masalah yang sama.”

Liverpool hadir sebagai pasukan bukan pilihan menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir UEFA Champions League yang berlangsung di Kiev, Ukraine.

Perlawanan akan berlangsung pada pagi Ahad 27 Mei 2018 jam 2.45 pagi waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN