Godin: “Iniesta Adalah Pemain Terpenting Dalam Sejarah Bola Sepak Sepanyol”

Musim ini menyaksikan ramai pemain berstatus legenda meninggalkan kelab masing-masing terutamanya di La Liga.

Salah seorangnya adalah pemain Barcelona iaitu Andres Iniesta.

Iniesta mengakhiri karier penuh gemilang beliau bersama Barcelona selepas beraksi untuk kelab tersebut sejak dari era bergelar pemain akademi lagi.

Pengaruh Iniesta dalam bola sepak cukup besar dan ianya diakui oleh rakan dan juga lawan beliau di atas padang.

Sebagai contoh, pemain Atletico Madrid iaitu Diego Godin turut mengakui besarnya pengaruh beliau kepada bola sepak Sepanyol.

Menurut beliau, Iniesta merupakan seorang pemain yang paling penting dalam sejarah bola sepak Sepanyol.

“Andres Iniesta adalah pemain terpenting dalam sejarah bola sepak Sepanyol. Ke mana saja beliau pergi di Sepanyol mahupun Eropah, beliau akan dihargai.”

Kehebatan yang ada pada Iniesta telah menghasilkan perasaan cemburu oleh pihak lawan terhadap beliau dan ini membuatkan permusuhan dalam bola sepak cukup bermakna.

“Kehebatan beliau telah menyebabkan ramai pemain lawan cemburu dengan beliau. Oleh kerana itu, permusuhan dalam bola sepak dengan beliau cukup berharga.”

“Ia merupakan sesuatu yang wang dan juga piala tidak dapat berikan kepada anda.”

BARCELONA, SPAIN – DECEMBER 16: Andres Iniesta (C) of Barcelona duels for the ball with Diego Godin (L) and Mario Suarez of Club Atletico de Madrid during the la Liga match between FC Barcelona and Club Atletico de Madrid at the Camp Nou stadium on December 16, 2012 in Barcelona, Spain. (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Selain Godin, kapten Real Madrid iaitu Sergio Ramos turut menghargai Iniesta.

Dalam satu tweet beliau di Twitter, beliau menghargai Iniesta disamping legenda Atletico Madrid Fernando Torres dan legenda Juventus – Gianluigi Buffon.

“Anda (Iniesta, Torres & Buffon) telah menjadikan pertarungan dalam bola sepak lebih indah dan menarik. Terima kasih!”

Pemergian Iniesta dari Barcelona juga turut menamatkan era duo pemain tengah terbaik dalam sejarah bola sepak iaitu melibatkan beliau dan juga seorang lagi legenda kelab iaitu Xavi Hernandez.

Selain Iniesta dan Torres, seorang lagi legenda La Liga iaitu Xabi Prieto turut meninggalkan kelab beliau iaitu Real Sociedad.

Beliau meninggalkan kelab tersebut selepas 15 tahun bersama Real Sociedad – satu-satunya kelab beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN