Wakil dari Sepanyol, Atletico Madrid muncul juara Liga Europa musim ini selepas menewaskan Marseille 3-0 di Lyon awal pagi tadi.
Antoine Griezmann meledakkan dua jaringan manakala Gabi menamatkan sisa perjuangan Marseille pada lewat perlawanan.
Hero
Gol pertama beliau Griezmann telah disumbangkan pada minit ke-21.
Kira-kira 4 minit selepas rehat separuh masa, beliau sekali lagi menjadi penjaring gol untuk kelabnya. 2 gol ini telah membantu Antoine dalam meraih 6 gol Liga Europa musim ini.
Jan Oblak beraksi cemerlang bagi menghalang gawangnya dari dibolosi pada perlawanan ini.
Penyokong Marseille yang bertandang ke Lyon kecewa kerana kelab itu gagal menjulang trofi di tanah air sendiri.
Atletico Madrid meraih tiket automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Selain itu, mereka bakal beraksi dalam Piala Super Eropah pada Ogos ini.
Imbasan
Meskipun didenda untuk tidak berada di kawasan teknikal, Diego Simone berjaya membimbing anak buahnya untuk meraih kejuaraan ketiga Liga Europa dalam masa 9 tahun.
Beliau juga menjadi pengurus kedua terbanyak yang menjulang kejohanan ini. Mengikut rekod, beliau sudah dua kali memenangi Liga Europa. Hanya kurang 1 di belakang Unai Emery.
Atletico Madrid sudah memenangi 3 kali kejohanan ini. Kali terakhir mereka memenanginya pada 2010 dan 2012. Menariknya, mereka tidak pernah tewas langsung dalam mana-mana perlawanan akhir kejohanan ini. Ia merupakan satu rekod bersih.
Kemenangan Atletico Madrid ini juga menjadikan mereka kelab Sepanyol terbanyak menjuarai Liga Europa. Sevilla memenanginya sebanyak 5 kali termasuk sewaktu era Piala UEFA.
Malah, Sepanyol menjadi negara paling banyak mempunyai kelab memenangi Liga Europa. Selain Atletico Madrid dan Sevilla, Real Madrid pernah memenangi dua kali dan Valencia sekali.
Adakah tahun ini kita akan lihat penduduk Madrid merayakan kemenangan dua trofi? Kita tunggu giliran jiran Atletico iaitu Real Madrid sama ada dapat tewaskan Liverpool atau sebaliknya.