Rasmi: Alexander Arnold Dan Young Berjaya, Hart, Wilshere Gagal, Tarkowski Senarai Menunggu

Pemain yang tiada kaps kebangsaan senior, Trent Alexander Arnold, 19 berjaya melepasi saringan akhir untuk ke Rusia.

Begitu juga dengan pemain veteran Man. United, Ashley Young yang dipanggil semula. Loftus Cheek dan Nick Pope pastinya gembira berjaya menjadi sebahagian daripada pasukan.

Gary Cahill turut berjaya mendapatkan tempat dalam senarai walaupun disisihkan dalam beberapa perlawanan England sebelum ini.

Agak mengejutkan James Tarkowski gagal masuk ke dalam senarai pasukan. Beliau antara pertahanan tengah yang sangat cemerlang musim ini.

2 nama besar yang disingkirkan oleh Gareth Southgate ialah Jack Wilshere dan Joe Hart. Untuk Joe Hart, beliau pastinya sudah menjangkakan akan terlepas penerbangan kali ini dengan 3 penjaga gol pilihan Southgate berada dalam prestasi terbaik.

Hart melepaskan 39 bolos daripada 19 perlawanan liga musim ini. Sementara itu, Jordan Pickford, Jack Butland dan Nick Pope sememangnya berhak untuk berada dalam pasukan.

Wilshere dan Shelvey antara nama yang dianggap akan berjaya memecah masuk senarai akhir selepas aksi cemerlang mereka musim ini.

Prestasi tak menentu Ryan Bertrand membuatkan beliau juga tidak tersenarai.  Southgate menyatakan yang beliau terpaksa menyingkirkan Betrand kerana ada beberapa nama lebih baik.

England akan memulakan kempen Kumpulan G pada 18 Jun ini menentang Tunisia.

5 pemain diletakkan dalam senarai simpanan. Mereka ialah Adam Lallana,Tom Heaton, James Tarkowski, Lewis Cook dan Jake Livermore. Southgate menyatakan skuad beliau kali ini adalah seimbang di antara muka lama dan muka baru.

“Saya percaya inilah skuad yang kita teruja mahu lihat. Ini adalah kumpulan pemain muda diadun dengan beberapa pemain senior ,berpengalaman.”

“Saya berpendapat skuad ini seimbang, skuad yang baik dari segi pengalaman, karakter dan keseimbangan posisi.”

Danny Welbeck antara nama yang pasti akan menjadi perhatian. Beliau hanya menjaringkan 5 gol untuk Arsenal musim ini. Seorang lagi penyerang, Rashford gembira berjaya mencapai impian beliau.

Ini adalah senarai penuh pasukan:

Penjaga gol: Jack Butland (Stoke), Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Burnley).

Pertahanan: Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Gary Cahill (Chelsea), Kyle Walker, John Stones (Manchester City), Harry Maguire (Leicester), Kieran Trippier, Danny Rose (Tottenham Hotspur), Phil Jones, Ashley Young (Manchester United).

Tengah: Eric Dier, Dele Alli (both Tottenham Hotspur), Jesse Lingard (Manchester United), Jordan Henderson (Liverpool), Fabian Delph (Manchester City), Ruben Loftus-Cheek (Chelsea).

Penyerang: Jamie Vardy (Leicester), Marcus Rashford (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), Danny Welbeck (Arsenal) Harry Kane (Tottenham).

Senarai menunggu: Tom Heaton, James Tarkowski (Burnley), Lewis Cook (Bournemouth), Jake Livermore (West Brom), Adam Lallana (Liverpool).

Anda saksikan video pengumuman pemain skuad England:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN