Real Madrid akan melayan kunjungan Bayern Munich dalam aksi kedua separuh akhir UCL. Thomas Muller menghangatkan suasana dengan menyatakan semua orang tahu apa berlaku musim lalu.
Menurut beliau Real Madrid menyingkirkan mereka kerana bantuan pengadil yang tidak membatalkan 2 gol ofsaid.
Muller berharap kesilapan pengadilan tidak akan mempengaruhi keputusan kali ini seperti mana yang berlaku musim lalu. Muller berkata:
“Semua orang tahu apa berlaku musim lalu. Mereka ada 2 gol ofsaid. Dan ketika menentang Juventus, adakah ia betul-betul penalti?”
“Atmosfera dalam stadium tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan pengadil di dalam padang. Kami akan fokus kepada perlawanan sepenuhnya kerana tekanan untuk perlawanan ini sudah tinggi.”
Padda perlawanan pertama, Muller antara pemain yang gagal menyempurnakan peluang terhidang. Beliau berharap pasukan Bayern Munich lebih tajam kali ini.
“Kami sudah menganalisis perlawanan pertama kami menentang mereka dan kami tahu apa yang harus dilakukan kali ini.”
Muller tidak setuju dengan kritikan ke atas Lewandowski yang dianggap bermain teruk dalam perlawanan pertama.
“Jika kami tak mampu jaringkan gol dan gagal menang dalam perlawanan, kami tidak akan mencari kambing hitam untuk dijadikan alasan.”
“Kualiti Lewandowski tidak perlu dipertikaikan.”