4 Perkara Yang Menjadi Perhatian Menjelang Pertemuan Real Madrid Menentang Bayern Munich

Liga Juara-Juara Eropah

Teka-teki mengenai pasukan mana yang akan menempah pertemuan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Kiev pada penghujung bulan nanti bakal terjawab minggu ini.

Real Madrid akan menanti kunjungan Bayern Munich awal pagi esok manakala sehari kemudian, Liverpool bakal bertandang ke Rome dengan membawa bekalan kelebihan tiga jaringan untuk bertemu AS Roma.

Kedua-dua perlawanan tersebut sememangnya akan menjadi tumpuan dunia, namun fokus utama pasti terlebih dahulu diberikan pada pertemuan Real Madrid bertemu Bayern Munich di Santiago Bernabeu.

Di samping mencatatkan kemenangan 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama, kelebihan dua gol di tempat lawan juga menjadi azimat berguna buat anak buah Zinedine Zidane bagi menghadapi cabaran hebat yang bakal diberikan Bayern Munich.

Berikut adalah empat perkara yang menjadi perhatian menjelang perlawanan hebat ini.

1) Keupayaan Cristiano Ronaldo

Dilabel sebagai salah seorang penggempur berbisa ketika ini, kelibat Cristiano Ronaldo bakal memberikan kesukaran buat pertahanan Bayern Munich.

Walaupun kadangkala beliau agak ‘rapuh’ ketika diberikan tekanan oleh pertahanan lawan sehingga menyebabkan seringkali kecewa apabila tidak diendahkan oleh pengadil, ancaman berbahaya yang bakal diberikannya bagi merobek gawang Bayern Munich tidak boleh dipandang mudah.

Ronaldo telah menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut.

Rentetan jaringan itu terhenti pada perlawanan di Allianz Arena tatkala jaringan yang dihasilkannya pada babak kedua dikesan oleh pengadil yang mendakwa terlebih dahulu terkena tangan beliau.

2) Pertembungan taktikal Juup Heynckes dan Zinedine Zidane

Juup Heynckes, 72 tahun, memulakan karier sebagai pengurus pada tahun 1979 gemar menggunakan kelebihan kepantasan pemain di bahagian sayap untuk mengekploitasi kelemahan pertahanan lawan.

Taktikal tersebut membuahkan hasil apabila Joshua Kimmich berjaya mengambil kesempatan diatas kelalaian pertahanan Real Madrid untuk jaringan pembukaan perlawanan pada minit ke-28.

Bagi Zidane pula, beliau memberikan tumpuan terhadap tekanan pada garisan tinggi serta serangan balas pantas.

Foto: Gettyimages

Sudah tentu juga Zidane akan menyandarkan harapan kepada Cristiano Ronaldo untuk menghasilkan sesuatu buat pasukan.

Beliau juga mempunyai sekumpulan pemain berbakat besar yang mampu menjaringkan gol dan berupaya menghalang asakan pasukan lawan dengan baik.

Pertembungan pengurus berlainan zaman ini juga bakal menjadi penentu pada aksi awal pagi esok.

3) Kecederaan ganggu perancangan 

Bayern Munich kehilangan khidmat Arjen Robben seawal minit ke-8 dan Jerome Boateng (minit ke-34) selepas mengalami kecederaan pada aksi pertama menentang Real Madrid di Allianz Arena tempohari.

Javi Martinez yang juga mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut tidak mengalami kecederaan serius dan berkemungkinan akan diturunkan sebagai kesebelasan utama nanti.

Kem Real Madrid pula bakal beraksi tanpa dua tonggak utama selepas Dani Carvajal dan Isco terpaksa diketepikan selepas turut mengalami kecederaan ketika pertemuan kedua-dua pasukan tempohari.

4) Pemain muda berpeluang cipta kejutan

Ketiadaan Isco yang mengalami kecederaan membuka peluang luas buat pemain muda Real Madrid, Marco Asensio untuk diberikan peluang untuk beraksi.

Kelibat Cristiano Ronaldo sudah pasti bakal menjadi tumpuan utama pertahanan Bayern Munich memberikan petunjuk bahawa Asensio perlu bertindak cemerlang untuk sekali lagi membantu Real Madrid meraih kemenangan.

Joshua Kimmich yang membuka tirai jaringan tempohari juga bakal menjadi sandaran Juup Heynckes untuk terus memberikan kesukaran buat pertahanan Real Madrid serta perlu kekal utuh bertahan menahan asakan skuad Los Blancos.

Pemain muda yang lain seperti Niklas Sule dan Lucas Vasquez diharapkan dapat memberikan sumbangan berkesan buat pasukan masing-masing.

Foto: Bayern Strikes

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN