Selangor Tidak Gentar Jumpa JDT Di Stadium Larkin

Prestasi cemerlang ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Kuala Lumpur sabtu lepas mahu diteruskan oleh skuad Gergasi Merah apabila berdepan pendahulu liga super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin malam ini.

Meskipun tan­pa kelibat tonggak utamanya, Evan Dimas Darmono dan Ilham Udin Armaiyn yang menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Indonesia, pengendali skuad itu, Nazliazmi Mohamad Nasir menegaskan mereka tetap berwaspada terhadap ancaman pasukan JDT.

Gambar: FA Selangor

“Berdasarkan perlawanan menentang Negeri Sembilan ini, saya perlu memperkukuh­kan lagi ba­risan pertahanan supaya pasukan lawan tidak mudah menembusi ben­teng Selangor.

“Skuad Gergasi Merah masih beruntung kerana Willian Pacheco tetap mempunyai kemahiran tinggi untuk mengemudi barisan pertahanan supaya dapat berfungsi dengan baik selepas menerima asakan skuad Hoben Jang Hoben pada babak kedua.

“Kami perlukan taktikal serta pendekatan lebih berkesan apabila bermain di Larkin nanti, ia bukan kerana kami ta­kut tapi sebagai langkah ber­jaga-jaga,” katanya seperti dipetik dalam akhbar kosmo.

Gambar: FA Selangor

Nazliazmi tetap percaya setiap perubahan atau rombakan pemain merupakan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi semasa pasukan.

“Sebagai seorang pemain yang profesional, mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan.

“Pada perlawanan ketika ber­temu Negeri Sembilan, beberapa pemain telah dirombak selepas melihat prestasi mereka ketika berdepan Kuala Lumpur minggu lalu yang tidak mencapai tahap kita inginkan.

“Namun, menjelang perla­wa­nan akan datang, semua pemain perlu bersedia kerana sebarang perubahan berkemungkinan akan dilakukan su­paya dapat membantu pa­su­kan mengutip tiga mata berharga di tempat lawan,” ujarnya.

Selangor berjaya naik dua anak tangga di kedudukan kela­pan Liga Super dengan sembilan mata setelah menumpaskan Negeri Sembilan di halaman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN