Jose Mourinho Jelaskan Kriteria Pemain Yang Bakal Dipilih Untuk Perlawanan Separuh Akhir Piala FA

Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengatakan bahawa terdapat beberapa pemain yang beraksi ketika perlawanan bertemu West Bromwich Albion (WBA) tempohari bakal digugurkan pada pertemuan separuh akhir Piala FA bertemu Tottenham Hotspur yang berlangsung 22 April nanti.

Mourinho ternyata berang dengan aksi yang ditampilkan anak buahnya ketika tewas mengejut 1-0 sewaktu berhadapan dengan pasukan tangga terbawah Liga Perdana Inggeris itu.

Mourinho mendedahkan perkara tersebut selepas perlawanan di Old Trafford dimana beliau akan memberikan peluang buat pemain lain untuk membuktikan kualiti mereka pada pertemuan menentang Bournemouth pada hari Rabu.

Pengendali kelahiran Portugal itu enggan menyebutnya sebagai sistem penggiliran pemain dan menegaskan mana-mana pemain yang beraksi baik ketika bertemu Bournemouth, bakal mendapat tempat di Wembley nanti.

”Jika saya menurunkan seseorang pemain menentang Bournemouth dan dia beraksi dengan luar biasa, dia akan diturunkan pada pertemuan separuh akhir,” ujar Mourinho.

”Perkataannya bukanlah penggiliran. Ini adalah peluang untuk beberapa pemain untuk beraksi dan untuk mencuba mendapatkan tempat dalam pasukan.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 15: Romelu Lukaku of Manchester United looks dejected after the Premier League match between Manchester United and West Bromwich Albion at Old Trafford on April 15, 2018 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Beberapa orang pemain yang beraksi ketika bertemu West Brom, mereka tidak akan mendapat tempat.”

”Saya hanya tahu satu kriteria untuk memilih pemain. Ianya adalah dengan cara anda bermain. Ini adalah satu-satunya cara saya boleh memilih pemain.”

”Adakah anda mahu saya pilih kerana harga mereka? atau gaji mereka? atau para rupa mereka yang kacak? Satu-satunya perkara adalah dengan melihat persembahan mereka.”

Melihat kepada keputusan Mourinho mengeluarkan Paul Pogba pada perlawanan bertemu WBA, beliau menjelaskan pemain termahal kelab itu dikeluarkan bukan kerana prestasi hambar beliau.

”Paul (Pogba) dikeluarkan kerana dia mendapat kad kuning, dari segi permainan, dia tidaklah teruk seperti pemain yang beraksi 90 minit permainan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN