Dele Alli: Tottenhan Hotspur Perlu Mengambil Pengajaran Dari Juara Liga Perdana Inggeris

Dele Alli

Pemain tengah, Dele Alli mahu pasukannya, Tottenham Hotspur mengambil pengajaran dari kelab yang baru sahaja dimahkotakan selaku juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Spurs kecundang 3-1 ditangan skuad bimbingan Pep Guardiola itu di Wembley manakala pencabar utama yang merupakan musuh setempat City, Manchester United kecundang 1-0 keatas West Bromwich Albion (WBA).

Dua keputusan yang akhirnya mengesahkan kejuaraan buat skuad berpangkalan di Stadium Etihad itu.

Alli sempat meluangkan masa untuk mengucapkan tahniah diatas kejayaan yang dinikmati rakan sepasukannya di England terutama bekas pemain Spurs, Kyle Walker dan berkata Tottenham perlu mempelajari daripada pendakian pantas City dalam saingan liga.

”Mereka (Manchester City) merupakan pasukan yang luar biasa, mereka mempunyai banyak bakat yang hebat dan juga telah memenangi banyak perlawanan.”

”Anda boleh belajar banyak perkara, kami perlu kekal terus bekerja keras,” jelas Dele Alli memberitahu wartawan Sky Sports News.

Dele Alli
LONDON, ENGLAND – APRIL 14: Dele Alli of Tottenham Hotspur is fouled by Bernardo Silva of Manchester City during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester City at Wembley Stadium on April 14, 2018 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Setiap orang mahu untuk terus bertambah baik,tahun ini akan menjadi tahun yang sukar, banyak pasukan telah meningkat dan Premier League tidak pernah mudah. Kami perlu untuk kekal bersaing.”

”Mereka menggerakkan bola dengan sangat pantas, pergerakan yang hebat ke seluruh padang.”

Ketika Manchester City sudah mengesahkan kejuaraan mereka, Tottenham Hotspur kini berada ditangga ke-4 selepas mengumpul 67 mata.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu hanya ketinggalan empat mata dibelakang pasukan tangga kedua, Manchester United United.

Manakala Liverpool yang beraksi lebih satu perlawanan menduduki tangga ketiga dengan mencatatkan 70 mata.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN