Raul Gonzalez Mulakan Langkah Pertama Dengan Menyertai Kursus Kejurulatihan

Raul Gonzalez

Ikon Real Madrid yang juga merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman buat kelab gergasi Sepanyol itu, Raul Gonzalez Blanco bakal terjun ke bidang kejurulatihan apabila beliau kini dalam usaha untuk mendapatkan lesen jurulatih.

Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol yang bersara dari bola sepak pada tahun 2015 itu merupakan salah seorang penyerang hebat dalam saingan Eropah.

Raul yang kini berusia 41 tahun bertindak sebagai salah seorang eksekutif di Real Madrid.

Kecintaannya terhadap bola sepak dan Real Madrid mungkin menjadi faktor utama beliau untuk mengikuti jejak langkah bekas rakan sepasukan, Zinedine Zidane yang kini merupakan pengurus Los Blancos.

”Kami telah bermula untuk tahun pertama bagi lesen A dan B,” jelas Raul.

”Ini adalah langkah pertama untuk melatih dan menjadi sekurang-kurangnya jurulatih di peringkat remaja, dan dalam masa setahun kami akan dapat melakukan UEFA Pro, yang membolehkan kami melatih mana-mana pasukan.”

”Adalah penting buat masa sekarang untuk mendapatkan lencana (lesen) tersebut dan pada bulan Jun, saya akan bercakap dengan kelab (Real Madrid).”

MADRID, SPAIN – OCTOBER 3: Real Madrid?s captain Raul Gonzalez picks up a fallen Zinedine Zidane during the Primera Liga match against Deportivo La Coruna at The Bernabeu on October 3, 2004 in Madrid, Spain. Real lost 1-0. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

”Kami perlu menganalisis sebarang kemungkinan. Saya melihat bola sepak dari sudut pandang dan kelas yang berlainan.”

Raul turut menjelaskan sekurang-kurangnya seorang muka yang biasa dilihat ketika zaman beraksi pada kursus kejurulatihan tersebut apabila bekas pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez turut menyertainya.

”Semuanya terdapat 16 orang yang menyertai dan Xavi akan tiba pada hari Selasa,” jelas Raul lagi.

”Ramai diantara kami merupakan rakan sepasukan atau ‘musuh’ dan saya pasti kursus ini menyeronokkan dan kami akan mempelajari segalanya mungkin.”

Raul Gonzalez telah menjaringkan 323 gol dalam 741 penampilannya bersama Real Madrid dari tahun 1992 hingga 2010.

Sepanjang tempoh tersebut, Raul telah memenangi 16 kejuaraan dan antaranya ialah enam trofi La Liga dan tiga kejayaan Liga Juara-Juara Eropah.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN