Ke Mana Perginya Pemain Blackpool Musim 2010-11?

Anda masih ingat kelibat Blackpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2010-11? Mereka hanya dapat beraksi di liga tertinggi Inggeris itu hanya semusim sahaja.

Tetapi sewaktu liga utama itu dikenali sebagai Divisyen Pertama, mereka pernah beraksi hampir 29 musim! Paling lama pun ialah sejak musim 1946 sehingga 1967.

Artikel ini menceritakan ke mana arah sebahagian pemain Tangerines yang beraksi dalam perlawanan terakhir dalam Premier League. Pada ketika itu, mereka berhadapan dengan Manchester United.

Diasak

Sebenarnya, pada hari terakhir liga, Blackpool masih berpeluang untuk kekal dalam saingan liga. Ini kerana pesaing terdekat mereka, Wigan, Wolverhampton dan Birmingham masih berpotensi untuk ditunjukkan keluar dari saingan Liga Perdana.

Ian Holloway selaku pengurus menurunkan Matt Gilks sebagai penjaga gol. Pertahanan pula diisi oleh Stephen Crainey, Neal Eardley, Ian Evatt dan Alex Baptiste.

Kevin Southern memacu barisan tengah bersama David Vaughan di samping Charlie Adam dan Jason Puncheon. Gary Taylor-Fletcer dan DJ Campbell diberi amanah sebagai penyerang.

Di bangku simpanan pula pemain terdiri Richard Kingson (penjaga gol), Craig Cathart, Marlon Harewood dan Matt Phillips. Selain itu, Brett Omerod, Luke Varney dan James Beattie turut berada di bangku simpanan.

Panas

Charlie Adam menjaringkan gol penyamaan untuk Blackpool. Sumber: SkySports.

Ia memang menjadi perlawanan yang mendebarkan. Pada separuh masa, kedua-dua kelab telah terikat 1-1 di Old Trafford. Gol Charlie Adam telah menafikan pendahuluan gol Park Ji-Sung.

Sementara itu, Wolverhampton sedang berada di zon penyingkiran liga. Birmingham hanya perlu seri dengan Tottenham untuk kekal.

Pada minit ke-57, Gary Taylor-Fletcher menjaringkan gol kedua Blackpool sekaligus mereka mendahului Manchester United. Tetapi ia tidak lama, kerana Anderson menjaringkan gol penyamaan.

Pada minit ke-73, Wolverhampton mula merapatkan jurang gol semasa berhadapan Blackburn. Jamie O Hara menjaringkan gol pertama untuk Wolves. Asalnya Blackburn mendahului 3 gol tanpa balas pada separuh masa pertama .

Pertahanan Blackpool, Ian Evatt melakukan kesilapan apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-74. Manchester United kembali mendahului permainan di Old Trafford.

Wigan Athletic pula mendapat gol pada minit ke-78 melalui Hugo Rodallega. Mereka berhadapan Stoke pada perlawanan penentuan itu.

Birmingham meraih gol penyamaan pada minit ke-79 di White Hart Lane. Tetapi Michael Owen pula menjaringkan gol keempat untuk Manchester United sekaligus Blackpool hampir sah turun divisyen.

Wolves terselamat dari tersingkir divisyen. Stephen Hunt menyelamatkan mereka dengan menyumbat gol kedua Wolves sekaligus menjadikan keputusan 2-3. Stephen menjaringkan gol itu pada minit ke-87.

Kemudiannya, Roman Pavlyuchenko menjaringkan gol kemenangan di White Hart Lane pada masa kecederaan. Birmingham ditunjuk arah ke Championship bersama Blackpool.

Apa nasib mereka?

Matt Gilks kini bersama Scunthorpe sejak tahun lepas. Sebelum itu, beliau pernah menyarung jersi Wigan Athletic, Rangers dan Burnley setelah meninggalkan Tangerines.

Stephen Crainey sudah bersara dan menjadi jurulatih pasukan muda untuk Fleetwood Town. Ian Evatt berpindah ke Chesterfield pada 2013 setelah meninggalkan Blackpool.

Alex Baptiste pula menjadi pemain QPR manakala David Vaughan menjadi pemain Nottingham Forest. Keith Southern dan DJ Campbell juga telah bersara sebagai pemain.

Bangor City FC’s Gary Taylor-Fletcher in action against Lyngby BK, during the UEFA Europa League Qualifying First Round, Second Leg match at Bangor University Stadium.

Gary-Taylor Fletcher kini menjawat jawatan sebagai pemain merangkap pengurus di Bangor City, kelab dalam saingan Liga Wales.

Hanya Matt Phillips, Charlie Adam dan Jason Puncheon yang masih beraksi di kelab Liga Perdana Inggeris. Matt bersama West Bromwich Albion, Charlie berkelana ke Stoke City. Jason Puncheon kini menjadi pemain Crystal Palace.

Anda ada memori mengenai kelab kerdil bernama Blackpool ini? Kongsikan di ruangan komen kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN