Robin Van Persie Berjaya Catatkan Jaringan Ke-300 Peribadi Sepanjang Karier

Pemain kelahiran Belanda, Robin van Persie sudah berjaya menjaringkan 300 gol sepanjang kariernya. Gol itu hadir sewaktu sewaktu kelabnya, Feyenoord menewaskan Willem II.

Beliau menyumbangkan salah satu gol daripada 3 gol untuk Feyenoord pada perlawanan tersebut.

Daripada 300 gol itu, Robin telah menjaringkan 50 gol untuk pasukan kebangsaan Belanda.

Karier memukau

Beliau memulakan aksi bersama Feyenoord sebagai kelab pertamanya sejak musim 2001-02. Sepanjang 3 musim bersama kelab Belanda itu, beliau telah menyumbangkan lebih 20 gol.

Kerana aksi memukaunya, Arsenal telah menandatangani beliau pada musim 2004-05. 132 gol telah berjaya dijaringkan selama menyarung jersi Gunners.

96 gol itu datangnya dari perlawanan liga untuk Gunners. Kurang 4 untuk mencukupkan angka 100.

Beliau sempat meraih kejuaraan untuk Arsenal dalam saingan Piala FA musim 2004-05. Selain itu, beliau telah menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada musim 2011-12.

Hijrah

Ketika berjaya menjuarai Liga Perdana pada 2012-13. Sumber: SkySports

Robin van Persie memutuskan untuk berhijrah ke seteru lama Arsenal yakni Manchester United. Sebagai pemain Red Devils, beliau berjaya menyumbangkan 58 gol.

Pada musim 2012-13, beliau menjadi penjaring terbanyak liga pada musim itu. 26 gol yang disumbangkan beliau telah membantu Red Devils merampas trofi Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City.

Namun, pada musim 2015-16, Robin berpindah ke Turki untuk bersama Fenerbahce. Beliau hanya bertahan di Istanbul hanya dua musim setengah sahaja.

Sempat temui sentuhan

Meskipun gagal meraih trofi dalam saingan kompetitif Turki, beliau dapat menjaringkan 36 gol. Musim pertamanya agak memberangsangkan, pemain Belanda ini menjaringkan 22 gol.

16 gol pada musim 2015-16 itu datang dalam saingan Liga Super Turki. Dek kemampuan mengemudi hadapan gergasi Turki itu, kelab itu menduduki tangga kedua Liga Super Turki pada musim itu.

Namun, kariernya sedikit merosot pada musim seterusnya. Beliau menjaringkan 14 gol bagi semua pertandingan untuk Fenerbahce.

Akhirnya pada Januari tahun ini, beliau memutuskan untuk kembali ke Belanda. Kali ini, Feyenoord menjadi kelab dipilihnya.

Sebagaimana beliau telah menjadi pemain kelab itu pada awal karier.

Sukses

Sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sumber: Zimbio.

Ya, beliau antara menjadi penyerang disegani di Eropah. Masakan tidak, Robin menjadi pemain mempunyai banyak gol untuk skuad Belanda.

Beliau menjadi sebahagian skuad Belanda yang menjadi finalis Piala Dunia 2010. Pada ketika itu, Belanda tewas kepada Sepanyol.

Semoga karier Robin van Persie terus maju jaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN