FMLLP Umum Shopee Penaja Utama Piala FA, Sedia Perkhimatan Penjualan Tiket Atas Talian

Sebentar tadi Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah mengumumkan menerima tajaan daripada Shopee.

Shoppee ialah sebuah syarikat yang menyediakan platform perniagaan secara atas talian, dan terkenal di kalangan pengguna di rantau Asia Tenggara dan Taiwan.

Sumber: FMLPP, Facebook.

Perjanjian penajaan yang dimaterai di antara FMLLP dan Shopee ialah untuk menjadikan syarikat berkenaan sebagai penaja utama pertandingan Piala FA Malaysia untuk musim 2018.

Dalam majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru itu, Shopee diwakili oleh Encik Ian Ho yang merupakan Pengarah Urusan Serantau Shopee manakala FMLLP pula diwakili oleh Encik Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FMLLP.

Sumber: FMLPP, Facebook.

Serentak dengan tajaan ini, FMLLP turut akan melancarkan kedai atas talian di Shopee Mall untuk penjualan tiket perlawanan Piala FA Malaysia dan juga unifi Liga Super Malaysia 2018.

Selain daripada tiket perlawanan, FMLLP turut akan menjual barangan eksklusif badan pentadbir bola sepak negara tersebut di rangkaian ‘Football Malaysia Official Store’ yang terdapat di Shopee Mall.

Sumber: FMLPP, Facebook.

Dengan kemudahan terbaru ini, ia akan lebih memudahkan penyokong bola sepak di dalam negara untuk mendapatkan tiket perlawanan.

Sempena kerjasama ini, Shopee dan FMLLP turut akan melakukan promosi pembelian tiket ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk semua peminat bola sepak tanah air.

Melalui semakan yang kami lakukan di laman Shopee, promosi penjualan tersebut telah pun bermula dengan anggaran sehingga 20,000 tiket perlawanan Piala FA Malaysia dan unifi Liga Super Malaysia 2018 boleh didapati terus melalui Shopee.

Pengguna bertuah Shopee juga berpeluang untuk memenangi 1 keping tiket berpasangan VVIP, 5 tiket VIP berpasangan dan 10 tiket biasa berpasangan pada Perlawanan Akhir Shopee Piala FA Malaysia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN