Kelab gergasi Perancis, Paris St Germain (PSG) mengesahkan mereka kehilangan bintang mereka dari Brazil, Neymar yang telah dilanda kecederaan “fractured metatarsal” (tulang metatarsus retak) dan “Sprained ankle” (Kecederaan buku lali).
Neymar diusung keluar ketika perlawanan menentang Marseille awal pagi tadi yang menyaksikan PSG menang dengan jaringan 3-0.
Neymar yang menyertai PSG dari Barcelona dengan bayaran rekod tertinggi dunia tahun lalu turut disahkan tidak dapat beraksi untuk aksi kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Parc des Princes, 6 Mac ini.
BREAKING
Neymar has a cracked metatarsal as well as a sprained ankle after going down injured against Marseille on Sunday.
The Brazil international is a major doubt for PSG's Champions League clash with Real Madrid on March 6.#Neymar #PSG pic.twitter.com/uwqkl1J04f
— Omnisport (@OmnisportNews) February 26, 2018
PSG ketinggalan selepas tewas 1-3 pada perlawanan pertama di Sepanyol dan meletakkan harapan tinggi untuk mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara.
“Pemeriksaan tambahan yang dilakukan (imbasan ultrasound dan CT) mengesahkan kecederaan di buku lali kanan namun turut dikaitkan dengan tulang metatarsus kelima,” kata PSG dalam satu kenyataan ringkas.
Tests confirm that @neymarjr sprained his right ankle and cracked his fifth metatarsal during Sunday's match vs. Marseille.
In addition, @marquinhos_m5 suffered a grade 1 quadriceps tear pic.twitter.com/gujXXznliC
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) February 27, 2018
Neymar juga hampir pasti tidak akan beraksi pada aksi suku akhir Piala Perancis menentang Marseille awal pagi Khamis ini juga aksi Ligue 1 hujung minggu ini.
PSG kini mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 14 mata, turut memberitahu bek tengahnya Marquinhos mengalami kecederaan otot kaki.
Ketika perlawanan dilihat menyebelahi mereka, Neymar mula dirawat dan dibawa keluar dan PSG terpaksa menghabiskan perlawanan dengan 10 pemain selepas membuat semua pertukaran.
Neymar sendiri memuat naik gambar kaki kanannya yang berbalut di Instagram. “08:10. Habis untuk hari ini,” menurut keterangan gambar.
Sementara itu, pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane berharap Neymar cepat pulih dan kembali beraksi dalam pertembungan menentang pasukannya. Beliau mahu anak buahnya menentang barisan terbaik skuad PSG.
“Saya tidak gembira dengan kecederan Neymar dan saya harap dia akan kembali untuk perlawanan ini.
“Saya tidak mahu pemain lawan saya cedera,” kata Zidane.