Liga Europa 2017/18: Arsenal Tidak Bermasalah Untuk Menang Di Sweden

Arsenal

Arsenal tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil dari Sweden, Ostersunds FK pada perlawanan pertama pusingan 32 pasukan terbaik selepas menang 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Jaemtkraft Arena pagi tadi.

Arsene Wenger melakukan beberapa pertukaran pada perlawanan ini dengan membawa masuk Danny Welbeck di bahagians serangan manakala David Ospina mengawal kubu terakhir Arsenal bagi menggantikan Petr Cech.

The Gunners hanya memerlukan 13 minit bagi menembusi gawang Ostersunds setelah Nacho Monreal berjaya melepaskan satu rembatan susulan selepas penjaga gol tuan rumah, Aly Keita gagal menangkap kemas percubaan yang dilakukan Alex Iwobi.

Sebelas minit berselang, Arsenal menambah jaringan kedua perlawanan hasil jaringan sendiri dari pertahanan, Sotirios Papagiannopoulos.

Gerakan dari sebelah kiri pintu gol Ostersunds tersebut yang seterusnya hantaran lintang dilakukan Henrikh Mkhitaryan lalu membias terkena Papagiannopoulos untuk menerjah ke gawang sendiri.

Tuan rumah turut mempunyai peluang terbaik pada minit ke-29, namun percubaan menarik yang dilakukan Saman Ghoddos. Namun percubaan tersebut dinafikan dengan ketangkasan Ospina yang lebih bersedia bagi menangkis percubaan itu.

Mesut Ozil tidak ketinggalan bagi mencipta jaringan sebagai bekalan selesa buat Arsenal ketika perlawanan timbal balik di Stadium Emirates pada 23 Februari nanti apabila beliau menjaringkan jaringan ketiga.

Lorongan yang dilakukan Mkhitaryan terus disambar Ozil dan rembatan dari pemain antarabangsa Jerman itu berjaya merobek gawang Ostersunds untuk perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 memihak Arsenal.

Foto: BBC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN