JDT Jelaskan Mereka Perlu Patuhi Undang-Undang AFC

Kelmarin beberapa penyokong kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium selepas pukul 9 malam ketika perlawanan Piala AFC di antara pasukan JDT menentang Persija Jakarta di Stadium Larkin.

Mengulas mengenai isu penyokong JDT yang dihalang masuk oleh pihak marshall stadium, pihak pengurusan JDT menjelaskan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) supaya tidak dikenakan denda pada masa yang akan datang.

“Berkenaan dengan isu beberapa penyokong yang tidak dapat masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala AFC antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan Persija Jakarta di Stadium Larkin sebaik perlawanan bermula.

“Kami pihak pengurusan perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Komisioner Perlawanan di mana penyokong tidak dibenarkan berdiri di tangga dan menganggu laluan selepas perlawanan bermula.

“Jika ini berlaku, kelab boleh dikenakan saman dari USD10,000 hingga USD20,000. Jadi untuk mengelakkan daripada di denda, kami perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh AFC,” kata kenyataan rasmi seperti dipetik melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers.

Isu ini timbul apabila terdapat penyokong JDT mendakwa dihalang daripada memasuki Stadium walaupun memiliki pass bermusim dan tiket perlawanan yang sah.

Difahamkan pihak stadium larkin akan menutup semua pintu masuk tepat pada pukul 9 malam dan hal ini menyebabkan penyokong yang tiba lewat tidak akan mendapat peluang menyaksikan perlawanan di dalam stadium tersebut.

Malah, ada penyokong yang mempersoalkan sama ada pihak pengurusan PBNJ mengeluarkan jumlah tiket melebihi kapasiti tempat duduk sehingga menyebabkan lebihan penonton dan pemegang pass bermusim kehilangan hak mereka.

“Seperkara lagi mengenai tiket, penyokong-penyokong kita yang dihalang masuk ke stadium dalam perlawanan Sumbangsih tempohari dikatakan diberi alasan stadium sudah penuh.

“Adakah berlakunya lebihan tiket yang dicetak daripada kuantiti maksima? Atau ada kelompok penyokong yang diberi laluan istimewa tanpa mempunyai tiket? Bagaimana pula dengan nasib dan hak penyokong kita yang mempunyai tiket tapi dilarang masuk?

“Mohon sangat pihak PBNJ meneliti , memantau dan menambah baik perkara ini di masa akan datang kerana risau perkara2 seperti ini memberi impak kepada kehadiran penyokong-penyokong kita ke stadium di masa akan datang,” kata satu kenyataan dalam laman facebook kumpulan penyokong JDT, Empayar Darul Takzim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN