Kelantan Mahu Mulakan Saingan Liga Super Dengan Langkah Kanan

Walaupun skuad The Red Warriors turun tanpa kelibat dua tonggak utama dalam perlawanan pertama unifi Liga Super Malaysia menentang Melaka United malam ini, mereka tetap bersemangat untuk memburu 3 mata penuh.

Pengendali skuad itu, Sathit Bensoh mengesahkan kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi dan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa diketepikan akibat masalah kesihatan.

“Motivasi pemain berada dalam keadaan baik malah persediaan pasukan juga pada tahap tertinggi dan kami sudah bersedia untuk memulakan pertempuran pada saingan liga musim ini.

“Kami membawa 18 pemain terbaik. Kami harus bersedia dengan sebarang kemungkinan, ia (masalah kesihatan) sesuatu yang tak dapat dielakkan tetapi pemain lain juga boleh beraksi dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Sesi latihan terakhir pasukan Kelantan sebelum bertemu Melaka United malam ini. FOTO: TRWFC

Menurut Bensoh, pasukan Kelantan tidak mahu kehilangan sebarang mata dalam perlawanan pertama saingan Liga Super malam ini.

“Perlawanan pertama memang penting bagi mana-mana pasukan dan biarpun Kelantan kena bermain di tempat lawan terlebih dahulu namun matlamat kami tetap sama iaitu memburu mata.

“Satu atau tiga mata, memang itulah sasaran kami. Ia (mata) cukup penting bagi membina keyakinan untuk pemain dan pasukan ini sebelum menghadapi perlawanan kedua selepas ini,” katanya.

Beliau juga turut menyifatkan pasukan Melaka United bukan lawan yang mudah walaupun pernah menewaskan mereka musim lalu.

“Ia pertemuan yang sangat berbeza dan walaupun pernah menewaskan mereka 3-1 (aksi terakhir liga musim lalu) di sana (Melaka) tetapi saya sudah lupakan kemenangan itu.

“Ia sudah menjadi sejarah dan kali ini kami kena bekerja lebih keras. Tiada laluan mudah bagi Kelantan tetapi dalam bola sepak tak ada yang mustahil kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam 90 minit,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN