Selepas Dimaki Secara Langsung, Brisbane Roar Mohon Maaf Isu Nombor Berplaster

Semalam kami menerbitkan artikel amarah Mark Bosnich melihat jersi Brisbane Roar yang siap berplaster untuk menampal set nombor baju yang hampir tertanggal.

Mark Bosnich mengutuk sekerasnya situasi yang dianggap memalukan dan menghantar isyarat salah kepada dunia tentang komitmen pasukan dari Australia untuk pertandingan AFC.

Ia seolah-olah menggambarkan yang mereka acuh tak acuh untuk komited kepada kejohanan ACL.

Bosnich memberitahu yang beliau terpaksa meminta maaf kepada rakannya di AFC di atas apa berlaku selepas beliau beriya-iya memberitahun Australia sangat teruja dengan kejohanan ACL yang merupakan pertandingan utama kelab di Asia.

Ada 3 pemain Brisbane Roar yang nombor mereka tertanggan iaitu Eric Bautheac, Jamie Young dan Ivan Franjic.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Brisbane Roar meminta maaf di atas isu tersebut.

“Malam semalam (kelmarin), kelab kami telah membuatkan ramai orang kecewa dan kami sendiri malu dengan cara kami memperagakan nombor pada jersi oren kami.”

“Ini bukan salah pengeluar jersi Brisbane Roar FC (BRFC) iaitu Umbro, ini adalah salah kami kami meminta maaf.”

“BRFC memberikan jaminan kepada ahli, penyokong, rakan kongsi dan komuniti bola  sepak yang kami sepenuhnya komited untuk memperbaiki apa yang berlaku di dalam dan di luar padang.”

Brisbane Roar tewas 2-3 di tangan kelab Filipina, Ceres Negros dalam perlawanan kelayakan ACL 2018 pusingan ke-2.

Keputusan yang telah menerima kecaman ramai pihak di Australia dengan mutu permainan bola sepak yang tidak cukup baik serta insiden nombor jersi yang dianggap mewakili betapa mereka tidak layak untuk menang berbanding lawan mereka.

Teringat pula kami pada nombor yang dipin dalam kejohanan antara rumah ketika sekolah dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN