Alexis Sanchez Nafi Thierry Henry Nasihatkan Beliau Tinggalkan Arsenal, Sertai Man. United

Alexis Sanchez semalam telah memberikan penjelasan tentang perpindahan beliau ke Manchester United tiada kaitan dengan legenda Arsenal, Thierry Henry.

Ini selepas beberapa laporan akhbar melaporkan Henry menasihatkan Sanchez untuk keluar daripada Emirates dan menerima tawaran daripada Old Trafford.

Alexis Sanchez baru sahaja mengesahkan perpindahan ke Man. United secara pertukaran pemain dengan Henrik Mkhitaryan. Satu kenyataan Sanchez telah disalah tafsir oleh ramai pihak apabila beliau menulis:

“Saya ingat hari ini, satu perbualan dengan Henry, pemain bersejarah Arsenal pun menukar kelab atas alasan yang sama. Dan kini giliran saya.”

Namun selepas itu Sanchez menjelaskan yang Thierry Henry tidak pernah sesekali menyokong keputusan beliau untuk meninggalkan Arsenal. Sanchez mengambil keputusan itu atas kehendak beliau sendiri.

Dan semalam Alexis Sanchez memuat naik status di twitter menyatakan:

“Saya ingin menjelaskan yang Henry tidak pernah meminta saya meninggalkan kelab ini, ini adalah keputusan peribadi. Dia sayangkan kelab (Arsenal) dan suatu hari ini nanti pasti indah untuk melihat beliau menjadi jurulatih Arsenal kerana dia sayangkan kelab tersebut.”

Sebelum itu, Ian Wright mengkritik Sanchez sebagai melibatkan Henry di dalam perpindahan beliau selepas kenyataan Sanchez sebelum ini dengan mengaitkan nama legenda Arsenal itu dengan perbualan berkaitan perpindahan ke Man. United.

Henry yang diserang teruk oleh ramai penyokong Arsenal telah tampil dengan penjelasan:

“Saya tahu saya tak perlu jelaskan perkara ini kepada majoriti penyokong Arsenal, spekulasi ini bertentangan dengan menyatakan saya memberitahu Alexis Sanchez untuk tinggalkan Arsenal.”

“Saya sendiri tak tahu yang beliau akan pergi untuk menyertai Manchester United sehinggalah saya membacanya di laporan berita seperti anda semua.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN