Hebat! JDT Kini Pegang 4 Pencapaian Dalam Malaysia Book Of Records

Selepas berduka dengan kekalahan di tangan Muangthong, peminat JDT boleh menarik sedikit senyuman dengan pengiktirafan 4 rekod dalam Malaysia Book Of Records.

Berikut adalah 4 pengikitirafan yang diterima oleh JDT dalam satu majlis yang diadakan semalam.

1. Pasukan pertama di Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC pada tahun 2015.

– Ini antara kejayaan perdana di dalam sejarah JDT dan juga bola sepak Malaysia. Skuad JDT yang ketika itu dibimbing Mario Gomez telah mengejutkan Istiklol dalam perlawanan akhir. Safiq Rahim menjadi anak Malaysia pertama memenangi MVP dalam pertandingan Piala AFC.

JDT menjuarai gelaran Piala AFC pada 2015.

2. Pasukan pertama dalam negara yang memenangi Kejuaraan Liga Super untuk empat musim berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.

– Dominasi penuh JDT dalam 4 musim berturut-turut dilengkapkan dengan  musim ‘double’ mereka dalam kejohanan domestik musim lalu.

3. Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin sepanjang lima musim berturut-turut bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

– Pasukan ini memiliki rekod kebal dalam perlawanan Liga Super di gelanggang keramat mereka. Bukan satu pencapaian yang mudah.

Joan Laporta melawat Stadium Larkin sambil ditemani oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selaku pemilik kelab bolasepak JDT.

4. Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan Liga Super untuk musim 2016

– Musim 2016 adalah musim invincible untuk JDT dalam Liga Super. Ianya antara musim terbaik JDT dalam kancah domestik.

Johor Darul Ta’zim player Jorge Pereyra Diaz in action during 2016 Malaysia Super League match against Felda United at Larkin Stadium, Johor. Photo by rizanizam/www.asiana.my

Penyerahan tersebut diserahkan oleh Mr.Christopher Wong, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book Of Records, kepada pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ataupun lebih mesra dipanggil TMJ.

Tahniah.

Kredit featured image: FMLLP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN