Analisis Taktikal: Muangthong Manipulasi Ruang Dan Struktur Lemah JDT

JDT tewas 5-2 di tangan Muangthong dalam perlawanan yang didominasi penuh oleh pasukan tuan rumah terutama sekali pada separuh masa pertama.

Asas

JDT bermula dengan sistem 4-3-3 dengan menggandingkan Hazwan-Diaz-Syafiq Ahmad di barisan serangan. Di tengah mereka meletakkan trio Safiq-Natxo-Hariss.

Muagnthong juga menggunakan formasi yang sama dengan sistem yang juga pivot tunggal. Di barisan serangan mereka menggunakan Adisorn-Teerasil-Heberty.

Isu pertahanan JDT

JDT ada masalah yang ketara ketika bertahan. Terlalu banyak isu pertahanan. Secara asasnya, 4-3-3 akan membentuk 4-5-1 ketika bertahan. 2 pemain sayap akan turun ke bawah untuk membantu bertahan di kawasan sisi.

Tugas utama 2 pemain sayap, Syafiq Ahmad dan Hazwan Bakri adalah untuk mengekang bek sisi Muangthong.

Namun ia tak berlaku. 2 pemain ini malas untuk turun bertahan. 2 bek sisi Muangthong yang ofensif, Tristan Do dan Theerathon turut menjaringkan gol dalam perlawanan ini, bukti terlalu jelas kegagalan 2 pemain sayap JDT untuk membantu pertahanan.

Sehingga ada gol adalam hasil bantuan gol dan dijaringkan oleh gandingan 2 bek sisi Muangthong.

Ini adalah fasa serangan pertama Muangthong di mana Theerathon dengan mudah memecah masuk barisan pertahanan JDT dan membentuk 4 vs 1. Ya 4 vs 1. Mujurlah Fazly Mazlan berjaya memintas hantaran akhir Therathon yang agak kurang kemas.

2 gol Muanthong selepas itu dihasilkan dengan cara mengatasi kelemahan pertahanan JDT di garisan tinggi. Mereka dengan cepat mewujudkan kelebihan secara kuantitatif (numerical superiority).

Di bawah ini JDT gagal untuk mematikan bola lebih awal. Sekali lagi seorang pemain Muangthong mengatasi tekanan daripada lebih seorang pemain JDT di tengah dan melepaskan hantaran untuk mengatasi garisan pertahanan.

JDT cuba untuk bermain ‘high pressing’. Namun mereka tak agresif. Banyak ruang dan masa diberikan kepada pemain Muangthong. Atau bahasa mudahnya, mereka hanya menekan di high pressing dengan ramai pemain tetapi hanya menunggu bola atau gerakan lawan.

Lihat di bawah ini, JDT melabur ramai pemain untuk menekan lawan di garisan tinggi tetapi tidak ada komitmen yang jelas untuk lebih agresif menekan bola. Tidak jelas bagaimana sistem tekanan pemain pertama kedua dan ketiga.

Di bawah ini adalah rajah menunjukkan ‘killer pass’ Heberty dengan mudah dilepaskan mengatasi unit pertahanan JDT. Di mana ianya harus dikekang dan sepatutnya tak terlalu mudah dilakukan.

Muangthong manipulasi ruang

Dalam perlawnaan ini, JDT tidak bertahan dengan kompak. Mereka lemah dalam melengahkan (delaying). Muanthong pula memiliki kemampuan menyerang segera dengan hantaran yang kemas.

Paling ketara, JDT ada masalah besar di half-space. Kunanlan dan Fazly Mazlan terlalu jauh di sisi. Ianya mungkin kerana tiada bantuan daripada Syafiq Ahmad dan Hazwan Bakri yang tak turun membantu bertahan di koridor sisi.

Kunanlan dan Fazly (kemudian Azrif) ada beban kerja terlalu besar. Mereka berhadapan dengan ancaman pemain sayap dan pemain pertahanan sisi Muangthong yang sangat progresif.

Jurang sentiasa wujud di half-space membuatkan pertahanan tengah JDT dalam masalah untuk mengekang zon itu kerana mereka akan mewujudkan ruang yang besar di tengah.

Ini adalah gambaran bagaimana berlaku kekeliruan dan kecelaruan (confusion) yang teruk oleh Kunanlan dan Fazly Mazlan, sama ada mahu mengekang bek sisi ataupun penyerang sayap lawan.

Jika bek tengah mereka keluar untuk kekang Teerasil dan Heberty terlalu awal, ruang akan dimanipulasi. Sistem pertahanan mereka lemah kerana pemain sayap mereka tak ‘track back’.

Hariss Harun pula berhadapan dengan masalah kecelaruan yang sama di dalam padang. Hariss ‘mati’ dalam perlawanan ini. Natxo dan Safiq lebih banyak membantu bertahan di kawasan zon 14 Muangthong. Hariss tidak ‘settle down’ sepanjang perlawanan.

Lihat gambar di bawah ini. Kita kembali kepada asas. Pemain sayap JDT harus mengekang pemain bek sisi ofensif Muangthong. Lihat apa berlaku.

Kunanlan mengawal Teerasil dan itu memang tugas dia. Tetapi ruang dimiliki Theerathon terlalu selesa. Lihat pula apa yang berlaku di sebelah sana pula. Tristan Do juga terlalu bebas.

Ini adalah contoh bagaimana Juventus bertahan dengan 4-5-1 bagaimana mereka memastikan pemain penyerang sayap dan pemain bek ofensif Barcelona sentiasa ada orang yang mengawal.

Ini pula pelan pertahanan Villareal dalam mengatasi 4-3-3 Barcelona dengan sistem bek sisi yang ‘advance’.

Apa yang kita dapat pelajari dari atas, mereka kompak. Tutup ruang di half-space dan memastikan ancaman daripada bek sisi lawan sentiasa dalam pandangan (visi).

Aspek ini yang tidak ada dalam sistem pertahanan JDT. Bek sisi Muangthong terlalu mudah untuk bergerak dan membentuk unit serangan. Terlalu banyak situasi ‘numerical advantages’ diwujudkan Muangthong.

JDT juga lemah dalam ‘recovery’. Ketika bertahan mereka terlalu fokus kepada gerakan pemain dan bukannya menutup ruang dalam keadaan mereka ‘outnumbered’.

Ini contoh pertahanan Muangthong ketika diserang di kawasan sendiri dalam keadaan bahaya. Mereka sistematik. Seorang pemain akan melengahkan pembawa bola. Pemain lain akan melakukan ‘reshape’ untuk ‘recovery’.

Prinsip asas recovery adalah berada di kawasan near post dan di kawasan gol di hadapan penjaga gol.

Penilaian

Perlawanan ini terlalu berat sebelah secara kualiti. JDT jelas tidak bersedia dalam semua aspek. Aspek kecergasan juga ketara sangat bezanya. Muangthong terlalu cergas untuk JDT.

JDT membiarkan Muangthong membunuh perlawanan ini terlalu awal dan kemudian lawan mereka hanya perlu menikmati perlawanan ini.

Pemain JDT terlalu awal keletihan dalam perlawanan ini. Struktur tengah bertiga JDT juga longgar. Hariss Harun gagal memainkan peranan sebagai pivot.

Di pertahan pula,mereka tiada ‘organizer’. Bruno terlalu gugup dalam perlawanan ini. Secara totalnya memang JDT tidak terurus.

Safiq Rahim terlalu fokus untuk mencari dan mencipta gol kerana mereka ketinggalan terlalu awal. Kesannya, apabila Safiq tidak memberikan perhatian kepada ‘organizing’ beliau perlukan pembantu untuk melakukan tugas itu di belakang.

Itu tiada! Jelas sekali pemain seperti Aidil dirindui ketika Safiq fokus untuk menyerang, Aidil akan menjerit di belakang menyusun organisasi mereka.

Diharap, Morais dapat melihat isu ini secara serius. Kerana mereka ada masalah yang terlalu ketara dalam perlawanan ini. Harus diakui Muangthong memang berkualiti. Namun ketinggalan 5-0 dalam perlawanan dan tewas 5-2 terlalu berat untuk diterima.

Ianya adalah malam di mana JDT bermain dengan ‘tactical error’ dan ‘technical error’ yang kronik. Saya tak ingat lagi, perlawanan mana JDT bermain lebih teruk daripada ini.

Ini adalah reality check terbaik untuk JDT jadikan panduan bagi memperbaiki aspek terlalu yakin seperti yang digariskan oleh Ulisses Morais.

Ketika menyerang JDT hilang kreativiti. Terlalu banyak bola berlegar di sisi dan dipulangkan semula ke belakang. 2 gol Diaz itu berlaku ketika Muangthong sudah dalam mood ‘overjoy’. Satu perkara yang kurang baik juga untuk Muangthong.

Jadi, dalam analisis kali ini, saya hanya fokus kepada aspek isu pertahanan JDT kerana itu adalah cerita utama kali ini. Semoga segalanya diperbaiki segera oleh Morais dan kejurulatihan beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN