JDT Berjaya Kutip RM1.2 Juta Pada Hari Pertama Jualan Jersi

Laman facebook rasmi JOHOR Southern Tiger (JST) mengumumkan kelab tersebut berjaya menjana RM1.2 juta pada hari pertama pelancaran jersi baharu pasukan itu.

Menurut kenyataan tersebut, jersi baharu telah dijual di seluruh daerah negeri Johor dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penyokong Harimau Selatan.

Semalam lebih 1,000 penyokong JDT hadir menyaksikan Majlis pelancaran jersi baharu pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) yang diadakan di Dataran Bandaraya.

Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan melancarkan jersi yang bakal digunakan oleh JDT pada saingan Liga Super, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang beraksi di Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim III (JDT III) untuk saingan Piala Presiden dan Johor Darul Ta’zim IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

Jersi baharu itu dijual pada harga RM215 sehelai dan jersi alternatif pada harga RM179.

Menurut Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodridgues,  jersi baharu keluaran Nike pada musim ini agak unik.

Ia dibahagikan beberapa segmen iaitu warna biru untuk aksi di gelanggang sendiri, warna merah untuk perlawanan di tempat lawan, manakala warna putih jersi alternatif.

“Kami amat berbesar hati menaja sebuah pasukan yang memiliki falsafah yang cukup jelas dalam memacu kejayaan yang lebih besar.

“Nike gembira dapat menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang memiliki rekod terbaik dalam Malaysia”, kata Rodridgues kepada Berita Harian.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim; dan Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya.

Skuad kendalian Ulisses Morais dijangka akan menggunakan jersi baharu itu pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab Liga Thai 1 (Thai League 1), Muangthong United FC pada 23 Januari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN