Wajib Menang Atau Bakal Tersingkir Daripada Saingan AFC B23

Pertembungan kedua kumpulan C menentang Jordan petang ini menjadi misi hidup mati bagi skuad Malaysia B-23 untuk kekal bersaing dalam Kejohanan AFC B-23 di China.

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee tetap melahirkan keyakinan tinggi terhadap kemampuan anak buahnya dan menuntut mereka bangkit daripada kekalahan kepada Iraq ketika perlawanan pertama.

“Malaysia mempunyai peluang yang sama dan kita tidak boleh tewas. Pada masa sama, kita harus tahu mereka merupakan pasukan pilihan yang mana Iraq, Arab Saudi dan Jordan memiliki kekuatan seimbang

“Kita harus meningkatkan fokus dan pelajari (kesilapan) daripada apa kita lalui de­ngan pasukan Iraq,” katanya kepada kosmo.

Kim Swee turut mengesahkan penyerang berbisa negara, N. Thanabalan tidak dapat diturunkan bertemu Jordan, manakala status Adam Nor Azlin bergantung kepada proses pemulihannya.

“Thanabalan masih di­timpa kecederaan, manakala Adam bertambah baik dan kita harus lihat perkemba­ngan Thanabalan esok (hari ini). (Status Adam boleh diturunkan) terpulang kepada sesi latihan hari ini (semalam) kita lihat bagaimana prestasinya nanti,” ujarnya.

Sesi latihan skuad Malaysia B-23 di Padang Latihan Haiyu di Changshu, China semalam.FOTO: FAM

Sementara itu, Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang berada di China menggesa anak buah Ong Kim Swee tidak terlalu menghormati pasukan lawan.

Beliau bercakap kepada Kosmo, mengharapkan agar barisan pemain melupakan segera kekalahan kepada Iraq dan bangkit dalam perlawanan yang seterusnya.

“Apa yang pen­ting pemain-pemain turun dengan keyakinan tinggi, jangan terlalu tertekan dengan kekalahan besar kepada Iraq. Dalam bola sepak jika pemain itu turun dengan satu keyakinan dan bermain sebagai satu pasukan, saya yakin bukan mudah pasukan lain mahu menang dengan kita.

“Malah kemungkinan kita juga boleh menang dengan pasukan lawan dan seperti yang dikatakan, kita tidak boleh terlalu hormat pasukan lawan kerana kita juga datang dengan persediaan terbaik,” katanya.

Cheng Hoe turut menasihatkan pemain agar bijak memanfaatkan peluang itu selain berusaha keras untuk bersaing dengan pasukan-pasukan elit dalam kejohanan berprestij tinggi di peringkat usia tersebut.

“Memang kalau kita te­ngok dari segi kualiti (AFC B-23) memang cukup tinggi. Pada pusingan akhir, kebanyakan pasukan membuat persediaan terbaik (tetapi) pemain-pemain negara juga memberikan satu tentangan yang hebat.

Kesebelasan utama skuad malaysia B-23 ketika bertemu Iraq. FOTO: FAM

“Saya rasa ini adalah pengalaman terbaik dalam pentas Asia demi masa depan pemain-pemain negara sendiri.

“Memanglah mana-mana pasukan atau negara sekali pun, pemain-pemain B-23 adalah masa depan negara. Mereka dapat belajar banyak dan merasai pengalaman cukup baik sepanjang bermain di sini.

“Setiap kali bermain di kejohanan berkompetitif tinggi, pemain akan belajar sesuatu. Saya harap pemain-pemain B-23 tidak akan berhenti belajar sesuatu yang terbaik se­perti mereka perlu meningkatkan ilmu dari segi teknikal, fizikal serta mentaliti. Saya berharap pemain-pemain ini dapat main bola sepak lebih bagus untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN