Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckess menegaskan yang beliau tidak mahu menjual pemain tengah Arturo Vidal ke mana-mana pasukan termasuk Chelsea.
Heynckess juga mengesahkan yang tiada sebarang ‘contact’ di antara pihak Bayern Munich dan Chelsea buat masa ini meskipun pasukan di London itu menyatakan minat terhadap pemain tengah dinamik, Arturo Vidal.
Arturo Vidal pernah bekerjasama dengan Antonio Conte ketika dan menjadi pemain penting dalam pasukan Juventus.
Antonio Conte masih memerlukan tambahan kekuatan di bahagian tengah, lebih-lebih lagi dengan formasi utama Chelsea musim ini adalah 3-5-2.
Bercakap kepada media di Qatar, Jupp Heynckess berkata:
“Sememangnya tiada sebarang ‘contact’ di antara kami dan kelab lain. Itu hanya spekulasi, Arturo Vidal seorang pemain yang sangat bersemangat.”
“Dia pemain berkualiti dan kami memerlukan beliau dalam prestasi terbaik untuk Bayern bermain bagus.”
Selain itu, pengendali Bayern Munich itu juga memberitahu yang beliau tidak mahu melepaskan mana-mana pemain mereka dalam jendela perpindahan kali ini.
“Kami tidak akan menjual mana-mana pemain kami dalam jendela perpindahan kali ini.”
💬 #Heynckes: "There is no contact between @ChelseaFC and #FCBayern – we will not sell @kingarturo23 or any other player for that matter during the winter break." #MiaSanMia pic.twitter.com/pXPn97l6LW
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) January 6, 2018
Arturo Vidal adalah pemain tengah kotak ke kotak yang sudah berusia 30 tahun. Beliau seorang pemain yang bertenaga dan memiliki daya kepimpinan yang tinggi.
Bayern Munich kini berada 11 mata di atas Schalke 04. Mereka bergelut pada awal musim ini, namun kehadiran Heynckess telah berjaya mengembalikan semula taring pasukan mereka.