Rasmi: Coutinho Sertai Barcelona Dengan Rekod Perpindahan Inggeris £142 Juta

Liverpool mengesahkan yang Coutinho sertai Barcelona. Ini selepas Liverpool menerima bidaan bernilai £142 juta ataupun €160 juta untuk Phillipe Coutinho.

Coutinho sertai Barcelona dengan rekod perpindahan tertinggi melibatkan pemain kelab Inggeris. Liverpool mendapatkan Coutinho dari Inter Milan dengan yuran £8.5 juta.

Coutinho memecahkan rekod perpindahan Paul Pogba ke Manchester United dengan nilai £93 juta pada musim lalu.

Dalam satu siaran rasmi media oleh Liverpool pada awal pagi tadi waktu Malaysia, kelab tersebut mengesahkan yang pemain itu akan terbang ke Sepanyol untuk berbincang terma peribadi dengan kelab yang berpangkalan di Catalan tersebut.

Jurgen Klopp dalam kenyataan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Phillipe Coutinho yang sudah memberikan aksi terbaik beliau walaupun sebelum ini pemain itu terang-terang menyatakan yang beliau mahu ke Barcelona pada perpindahan pra musim yang lalu.

Coutinho terus komited untuk berlatih dan membantu Liverpool memenangi perlawanan. Klopp faham akan kekecewaan penyokong kerana hilang pemain istimewa, namun beliau menegaskan, Barcelona adalah impian Coutinho dan beliau mahu mahu membawa keluarga beliau ke sana.

Klopp menegaskan yang pihak kelab dan beliau telah melakukan apa yang mereka mampu untuk mengekalkan Coutinho.

“Pemain akan datang dan pergi, itulah bola sepak. Namun sebagai sebuah kelab, ianya cukup besar untuk meneruskan usaha kami membangunkan pasukan ini. Pemilik kelab akan terus melabur untuk membina skuad ini.”

“Kami akan menggunakan skuad yang ada untuk berhadapan dengan kehilangan pemain penting. Jadi, kami mahu ucapkan selamat tinggal untuk Coutinho.”

Ini adalah kali kedua berturut-turut Barcelona memecahkan rekod pembelian kelab mereka selepas membeli Ousmane Dembele dengan nilai £135.5 juta.

Ini juga kali ketiga dalam 2 perpindahan berturut-turut Barcelona terlibat dalam transaksi dalam rekod 4 termahal di dunia.

Neymar menjadi pemain termahal dunia ketika dijual ke Barcelona dengan nilai £200 juta. Pemain kedua termahal adalah Kylian Mbappe dengan nilai £180 juta. Coutinho di ranking ke-3 dengan nilai £142 juta dan Dembele di tangga ke-4.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN