Eden Hazard Tolak Tawaran Lanjutan Kontrak Untuk Kali Kedua

Kontrak semasa Eden Hazard di Chelsea masih berbaki 2 tahun. Dan sudah menjadi kebiasaan, tawaran lanjutan akan diberikan kepada pemain utama seperti Eden Hazard.

Sebelum ini pemain Belgium ini menolak tawaran yang pertama. Chelsea kemudian datang dengan beberapa improvisasi dalam tawaran kedua. Tawaran tersebut turut ditolak oleh Eden Hazard.

Chelsea dilaporkan telah menawarkan Hazard untuk menjadi pemain bergaji paling mahal dalam sejarah kelab Chelsea dalam tawaran kedua tersebut.

Minggu lalu, Eden Hazard memberikan perkhabaran gembira kepada penyokong Chelsea apabila menyatakan yang beliau akan menandatangani kontrak baru.

Ini selepas Thibaut Courtois memberitahu yang beliau semakin hampir untuk menandatangani kontrak baru dengan The Blues.

Namun ia tidak berlaku buat masa ini. Terdapat laporan menyebut Eden Hazard mendapat tahu Real Madrid mahukan khidmat beliau. Ia telah menjadi salah satu pertimbangan untuk Hazard dalam situasi kontrak semasa beliau.

Real Madrid tahu pemain seperti Cristiano Ronaldo sudah berada dalam fasa akhir karier beliau. Pada masa yang sama, Gareth Bale terlalu banyak siri kecederaan.

WOLFSBURG, GERMANY – APRIL 05: Cristiano Ronaldo (L) looks on as Zinedine Zidane manager of Real Madrid speaks during a Real Madrid training session ahead of their UEFA Champions League quarter final first leg match against Wolfsburg at Volkswagen Arena on April 5, 2016 in Wolfsburg, Germany. (Photo by Stuart Franklin/Bongarts/Getty Images)

Real Madrid tidak pernah menafikan minat mereka terhadap pemain berbakat seperti Eden Hazard.

Eden Hazard telah menjadi salah seorang penggempur terbaik di liga utama Eropah. Beliau menjadi nadi utama Chelsea dalam kejuaraan EPL pada musim lalu.

Chelsea masih berharap pemain itu akan melanjutkan kontrak dengan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN