Cristiano Ronaldo buat masa ini tidak memikirkan ada pemain dari kelab lain yang beliau mahu lihat di Real Madrid. Tetapi beliau lebih memikirkan tentang trio BBC.
Robaldo baru sahaja meraikan kemenangan Ballon d’Or beliau yang ke-5, menyamai jumlah yang dimenangi oleh seteru peribadinya, Lionel Messi.
Ronaldo sentiasa berharap trio BBC (Bale-Benzema-Cristiano) akan bermain lebih banyak perlawanan selepas ini. Ini selepas 2 lagi pasangan beliau kerapkali mengalami kecederaan silih berganti.
Beliau berkata demikian dalam sidang media kejohanan kelab dunia sebelum perlawanan menentang Al Jazira.
“Saya sukakan skuad kami yang lengkap. Saya gembira skuad yang ada juga tiada kecederaan. Ini petanda kami akan boleh bermain bersama-sama selepas ini.”
“Saya pasti akan rasa lebih gembira jika BBC dapat bermain bersama-sama sekali lagi.”
Buat masa ini, trio serangan PSG, Cavani-Mbappe-Neymar antara yang dianggap tebaik di Eropah. Di Barcelona, kecederaan Dembele juga menghalang trio Messi-Suarez-Dembele untuk berganding bersama musim ini.
Tidak dinafikan, trio BBC antara yang digeruni apabila ketiga-tiga mereka dalam prestasi terbaik. Namun masalahnya, terlalu banyak siri kecederaan di antara mereka terutama sekali Gareth Bale.
Ronaldo selesa bergandingan dalam trio BBC kerana 2 rakannya itu memahami kehendak beliau di dalam padang dari segi gerakan tanpa bola dan juga dengan bola.
Kami juga yakin peminat Real Madrid mahu melihat semula trio BBC kembali bergandingan secara konsisten di dalam padang.