Pochettino Dedahkan Realiti Di Terowong, Ada Menteri Siap Bekalkan Polis Unit Rahsia

Mauricio Pochettino berkata, jika dia adalah peminat bola sepak (lupakan seketika jawatan pengurus) dan ada tawaran daripada badan penyiar yang mahu anda menambah bayaran untuk siaran dari terowong, beliau akan bayar.

Ini kerana Pochettino merasakan apa yang berlaku di terowong itu adalah lebih realiti berbanding dengan perseteruan di dalam padang.

Di sana, pemain dan semua orang akan bertukar karakter dan mencarut apa sahaja kerana tiada kamera siaran langsung. Beliau juga berseloroh berkata:

“Siapa tak nak pakej tambahan untuk melihat pertengkaran dalam terowong?”

“Sekarang saya menjadi pengurus dan situasi dia tetap sama dengan ketika saya seorang pemain. Ayat paling popular bila ada masalah dalam padang, ‘terowong nanti cerita’. Itulah yang berlaku.”

“Anda akan lebih tenang dalam padang kerana ada pengadil, ada penyokong dan sebagainya. Di terowong ‘tiada pengadil’ dan tiada sapa melihat anda.”

“Saya berpendapat, pasukan seperti City dan Spurs harus memikirkan untuk mengecat kaca dengan cat hitam ataupun pasang langsir besar.”

“Sebelum perlawanan buka, pada separuh masa tutup. Jika anda mahu melihat apa di dalamnya, anda harus bayar lebih,” tambah beliau lagi dengan senyuman sinis.

“Ketika di Perancis, saya bermain untuk PSG dan kami berkunjung ke stadium Ajacio. Saya ingat lagi, ada pergaduhan besar di terowong ketika rehat separuh masa.”

“Ia sukar untuk digambarkan, memang teruk. Namun anda tidak akan pernah melihat pergaduhan di antara kami di terowong seperti itu.”

“Saya dan rakan saya bergaduh dengan mereka. Pada masa tu, saya mulai menjadi sedikit takut sebab ia dah menjadi semakin liar seperti pergaduhan antara haiwan buas.”

“Saya tak tahu ia sama atau tak dengan apa yang berlaku di Manchester tempoh hari.”

“Anda boleh kata, tenang jangan pedulikannya. Namun apabila ada perkara berlaku dalam padang yang terlalu menekan emosi, kadangkala anda tidak mampu menahannya dan di terowong adalah tempat ‘menyelesaikannya’.”

“Di Perancis, kami sentiasa diiringi dengan aspek keselamatan yang kuat terutama sekali ketika menentang Marseille. Ia memang detik yang hebat.”

“Saya masih ingat lagi, ada sekali Nicholas Sarkozy ketika itu dia belum menjadi presiden, dia masih menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Dia adalah peminat PSG yang fanatik.”

“Percaya atau tak, dia bekalkan kami dengan polis khas daripada unit rahsia kerajaan. Sampai macam tu sekali.”

“Apabila menentang Marseille, anda tidak perlu berfikir untuk pergi ke tempat lain. Anda hanya terbang ke sana, tiba di sana, main bola sepak, masuk hotel dan keluar hotel.”

“Ada sekali, jurulatih kami kena baling batu. Ketika kami berjalan, kami agak takut melihat beberapa orang di belakang kami. Rupa-rupanya mereka adalah polis unit rahsia.

“Namun di terowong ada kaca, ia selamat, kaca bank.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN