Guerra Enggan Pulang Semula Ke PKNS FC

“Saya tidak akan kembali kepada PKNS, itu sahaja saya mahu beritahu”

Jawapan itu adalah reaksi Guerra kepada kenyataan pengurus PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid yang berkata kelab itu sedia menawarkan tempat kepada pemain berkenaan selepas dia digugurkan oleh JDT.

Akhbar tempatan, Berita Harian melaporkan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Gabriel Guerra tidak akan kembali ke pangkuan PKNS FC sekalipun pasukan itu meluahkan hasrat untuk melamarnya semula.

Impian PKNS FC untuk menggunakan semula khidmatnya musim depan selepas setahun pemain itu meninggalkan mereka tidak akan tercapai.

Guerra ketika beraksi bersama PKNS FC

Dia yang kini sedang bercuti di Eropah bersama keluarga, hanya menyatakan belum sedia membuat sebarang keputusan.

Pemain yang mesra dengan panggilan Gabby itu walau bagaimanapun enggan berkongsi perancangannya untuk musim depan.

Pemain import Argentina itu yang mengakui mengetahui dia digugurkan dari skuad JDT 10 hari lalu juga enggan memberi komen mengenai keputusan kelab berkenaan mengetepikannya.

Penyokong JDT kelihatan terkejut apabila laman facebook rasmi kelab itu mengumumkan penguguran Gaby dan seorang lagi pemain import, Gonzalo Cabrera kerana mereka dilihat turut memainkan peranan berkesan dalam membantu JDT menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Sepanjang semusim bersama pasukan itu, Gabby yang pada awalnya mewakili JDT 2 menjaringkan 25 gol dalam 43 perlawanan untuk semua kejohanan.

Gabby mula membina nama di Malaysia apabila menyertai PKNS pada musim 2015 dengan membantu kelab itu layak ke Liga Super 2017 selepas muncul naib juara Liga Perdana pada 2016.

PKNS turut mencipta sejarah apabila buat pertama kali layak ke final Piala FA pada 2016 sekalipun sekadar bergelar naib juara selepas ditewaskan 2-1 oleh JDT. -BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN