Barcelona Tawarkan Bantuan Pakar Barah Untuk Barizzo

Presiden kelab Barcelona, Josep Maria Bartomeu telah pun menghubungi Sevilla untuk memberikan bantuan pakar barah bagi merawati pengurus mereka, Eduardo Barizzo.

Detik mengharukan seluruh peminat bola sepak apabila ada pemain Sevilla menyatakan pengurus mereka ketika rehat separuh masa menentang Liverpool memberitahu yang dia didiagnosis barah prostat.

Pemain Sevilla menjadikan ia sebagai antara motivasi mereka untuk bangkit daripada ketinggalan 3 gol dan mengikat Liverpool pada separuh masa kedua.

Berita dukacita itu turut dikeluarkan oleh laman rasmi Sevilla bahawa, mereka sudah maklum akan kondisi pengurus mereka dan akan memberikan sokongan 100% kepada beliau.

Laporan Mundo Deportivo menyatakan, Presiden Barcelona telah pun menawarkan sekumpulan pakar perubatan di kelab beliau untuk membantu Barizzo.

Mereka adalah kumpulan yang telah membantu merawat mendian Tito Villanova dahulu. Sebelum itu mereka berjaya membantu Eric Abidal untuk pulih daripada tumor hati pada 2011.

Sumber: zimbio.com

Barcelona ternyata terkesan dengan berita ini kerana sudah beberapa kali mengalami perkara seperti ini di dalam pasukan. Mereka telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain dan pengurus yang terlibat.

Sikap Barcelona ini telah menyentuh hati ramai pihak yang menganggap ia satu tindakan terpuji. Lupakan segala permusuhan di dalam padang dan juga perbezaan politik, dalam bola sepak, kemanusiaan dan semangat kesukanan itu adalah segala-galanya.

Diharap Eduardo Barizzo dapat melawan penyakit beliau. Untuk Barcelona, FAIRPLAY!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN