Ghaddar Tak Rela Ke Melaka, Mahu Kekal Di JDT

Mohamed Ghadaar dilaporkan telah menolak tawaran daripada Melaka United. Sebelum ini Datuk Wira Yusoff Mahadi menyatakan pihak JDT dan Melaka sudah mencapai persetujuan. JDT rela melepaskan pemenang kasut emas Liga Super itu kepada pasukan Melaka.

Tetapi mereka menunggu kata putus daripada Ghaddar. Beliau mahukan pemain kebangsaan Lubnan itu datang ke Melaka dengan rela hati bukannya terpaksa.

Melaka juga meminta Ghaddar memberitahu segera keputusan beliau sebab mereka mahu mencari opsyen lain dengan kadar segera.

Melaka United terpaksa akur dengan pilihan pemain tersebut yang nampaknya masih mahu meneruskan karier beliau di JDT. Ghaddar akan bersaing dengan Luciano

Ghaddar menjadi permain termahal dalam sejarah perpindahan pemain di antara pasukan di Malaysia. JDT mendapatkan khidmat beliau daripada pasukan Kelantan.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

Ini selepas aksi cemerlang beliau menjaringkan 18 gol pada separuh musim bersama Kelantan.

Sebelum ini Melaka United sudah mendapatkan R. Gopinathan, Nurshamil Abd. Ghani, Jeon Woo Young dan S. Chanturu. Melaka United kini menumpukan untuk mencari pemain import bagi mengisi kuota untuk pasukan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN