Liverpool disekolahkan oleh Real Madrid tentang seni bermain di Champions League awal pagi tadi selepas kalah 3-0 di Anfield. Menariknya, kebangangan Liverpool bermain tidak diwar-warkan oleh wartawan sukan. Sebaliknya, Balotelli pula dijadikan kambing hitam (pun unintended) oleh wartawan.
Menurut Brendan Rodgers, asas utama untuk menjadi penyerang Liverpool adalah melakukan pressing bila kehilangan bola. Dan menurutnya Balotelli tidak melakukan pressing. Tetapi statistik dari Squawka membuktikan Balotelli adalah pemain Liverpool paling sibuk di padang selepas Liverpool ketinggalan.
Masalah Liverpool sebenarnya bukanlah kerana Balotelli sebenarnya. Ia adalah kerana kebangangan 4 pertahanan Liverpool pada awal pagi tadi.
Liverpool yang tampil dengan formasi 4-3-3 menentang Real Madrid yang turun dengan formasi 4-4-1-1. Menariknya, taktik Real Madrid ini adalah hampir sama dengan taktik Harry Redknapp semasa Gareth Bale di Tottenham Hotspurs. Ronaldo bermain di belakang Benzema dan diberikan kebebasan mutlak untuk melakukan apa yang disukainya di atas padang – taktik yang membuatkan Gareth Bale menjadi rebutan banyak kelab ternama di Eropah.
Dalam taktik ini, Gerrard langsung tidak dapat merantai Ronaldo. Henderson dan Allen langsung tidak dapat menutup ruang Kroos dan Modric yang bebas menentukan tempo permainan.
Isco dan James Rodriguez bermain sebagai wide playmaker – seperti yang selalu dilakukan oleh David Silva dan Samir Nasri di Manchester City. Pada satu-satu masa, kelihatan lima pemain Real Madrid berada di tengah padang – membuatkan situasi 5v3 berlaku di tengah padang seperti yang berlaku semasa gol pertama Real Madrid.
Liverpool gagal mengawal midfield Real Madrid dan seterusnya gagal menguasai perlawanan. Toni Kroos bermaharajalela di tengah padang dengan passing accuracy sebanyak 98%.
Tak reti menari, jangan salahkan lantai. Tak reti buat kuih, jangan salahkan acuan. Tak reti defend, jangan salahkan Balotelli.