Pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha dan anaknya Aiyawatt yang memiliki King Power kini berhadapan dengan tindakan saman daripada kerajaan Thailand.
Laporan BBC menyebut, Kerajaan Thailand sudah menfailkan saman kepada King Power kerana tidak membayar hutang dengan kerajaan Thailand berjumlah £323 juta ataupun 14 billion bath.
Kes tersebut sudah diterima di mahkamah jenayah di Bangkok yang menamakan King Power sebagai defendan.
Mereka meminjam duit itu dari kerajaan untuk digunakan menguruskan francais bebas cukai di lapangan terbang di Thailand. Ini selepas konsesi tersebut diberikan oleh kerajaan Thailand kepada mereka pada 2006.
Sebutan kes pada semalam (Isnin) di Central Criminal Cour di Bangkok. Pihak mahkamah telah menerima kes tersebut dan menetapkan Februari tahun hadapan sebagai tarikh untuk mendengar keterangan saksi.
Pendakwaan ke atas Vichai Srivaddhanaprabha dan keluarganya ini sebenarnya sudah difailkan pada Julai 2017. Pihak King Power sebelum ini menyatakan masih ada beberapa isu yang masih belum selesai.
Sebab itulah mereka masih belum membayar hutang tersebut. Kerajaan Thailand sangat tegas dalam soal salah laku melibatkan wang kerajaan.
Jika didapati pihak King Power sengaja tidak mahu membayar hutang, mereka mungkin akan menerima nasib serupa dengan billionaire dan jutawan yang lain, meringkuk dalam penjara.
King Power adalah syarikat bebas cukai yang ditubuhkan pada 1989. Pada 2006, mereka diberikan konsesi dan hak monopoli perniagaan bebas cukai di lapangan terbang di Thailand.
Laporan baru-baru ini menyebut, kekayaan keluarga Srivaddhanaprabha adalah sekitar $4.9 billion. Mereka membeli kelab Leicester City pada 2010 dan kelab Belgium, OH Leuven. King Power juga memiliki kepentingan dalam AirAsia