2 Pasukan Liga Perdana Iringi 2 Wakil Liga Super Ke Separuh Akhir Piala TAL2017

Saingan pasca liga bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL2017) yang dikenali sebagai Piala TAL telah memulakan fasa suku akhirnya tempoh hari.

8 pasukan berentap bagi merebut 4 slot di saingan separuh akhir dengan pasukan-pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana kini dipertemukan sesama sendiri dalam fasa ini.

Bergantung kepada sepakan penalti

Aksi perlawanan di antara Kebilal Markless dan juga UMT-Pemanis FC  terpaksa ditentukan menerusi penetuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan jaringan 2-2.

Khairul Hafizan menjaringkan gol pertama untuk Kebilal Markless pada minit ke-25 sebelum Idham Safuan menjaringkan gol penyamaan untuk UMT-Pemanis FC pada minit ke-38.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat 90 minit masa sebenar permainan.

Memasuki masa tambahan 30 minit, Kebilal Markless kembali di hadapan sekali lagi menerusi jaringan Khairul pada minit ke-92 permainan.

Wan Ismail pula hadir untuk menyelamatkan UMT-Pemanis FC apabila beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-118 untuk membawa permainan ke penentuan sepakan penalti.

Tuah nyata milik juara Liga Super TAL2017 ini apabila Kebilal Markless berjaya menewaskan UMT-Pemanis FC menerusi penentuan sepakan penalti dengan jaringan 5-4.

Klinikalnya Pikat FA di depan pintu gol

Wakil Liga Perdana, Pikat FA mencipta kejutan apabila berjaya menyingkirkan naib johan Liga Super iaitu Island FC dengan jaringan 4-1.

Pesta gol Pikat FA bermula pada minit ke-43 apabila Tuan Shahzam menjaringkan gol pertama buat pasukan Liga Perdana itu.

3 gol lagi hadir menerusi jaringan di separuh masa kedua dengan Shamil Ja’afar Sidek menjaringkan gol pada minit ke-53.

Shamil kemudiannya menjaringkan gol kedua peribadi beliau apabila melengkapkan penyudah pada minit ke-60.

Nazril Hassan melengkapkan kemenangan bergaya Pikat FA menerusi jaringan pada minit ke-71.

Island FC berjaya memperoleh gol sagu hati, gol itu disumbangkan oleh Shafie Abdul Khalil pada minit ke-90+3.

PBSMT Lanjerket memperoleh kemenangan tipis selepas menang 2-1 Besut FA.

Jamali Noor menjaringkan gol pertama PBSMT Lanjerket pada minit ke-37 sebelum Hafizan Talib menyumbangkan gol kedua pasukan pada minit ke-43.

Gambar: TAL2017

Besut FA berjaya menjaringkan gol menerusi Tuan Faiz Hakimie pada minit ke-87 namun itu sudah terlambat untuk menghalang kemenangan PBSMT Lanjerket.

Real Chukai FC pula berjaya mencatatkan kemenangan selesa menewaskan CND FC selepas mencatatkan kemenangan dengan jaringan 3-0.

Gambar: TAL2017

Izzan Mustafa nyata merupakan watak penting buat Real Chukai apabila beliau menjaringkan 2 gol buat mereka pada minit ke-7 dan juga minit ke-55 permainan.

Ridhuan Mohd Nor melengkapkan jaringan dengan sepakan penalti pada minit ke-91 untuk membawa Real Chukai ke separuh akhir Piala TAL.

Begitulah tadi laporan bagi suku akhir Piala TAL. Di sini kami sediakan keputusan bagi kesemua perlawanan:

  • Kebilal Markless 2-2 UMT-Pemanis FC (Kebilal Markless menang penentuan sepakan penalti 5-4)
  • Pikat FA 4-1 Island FC
  • PBSMT Lanjerket 2-1 Besut FA
  • Real Chukai 3-0 CND FC

Siapa bertemu siapa di separuh akhir?

Untuk aksi separuh akhir, Kebilal Markless bakal bertemu dengan Real Chukai FC.

Sementara Pikat FA pula bakal menentang PBSMT Lanjerket dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Semoga berjaya buat kesemua pasukan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN